من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, January 1, 2012

Hati-hati Dengan Logo HALAL Selain Logo Halal JAKIM

SEBUAH premis di George Town yang masih lagi mempamerkan logo halal Islamic Food Research Centre Asia yang telah diharamkan.
[KO] KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.

Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi. “Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...