من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, January 18, 2012

Kedinginan Hotel Dari Ais


SELAIN di Belanda, pengunjung boleh menikmati suasana hotel ais di Hotel Balea Lac, Romania.
[KO] APABILA berada di bandar raya Zwolle, timur laut negara Belanda, anda boleh menginap di bilik hotel dengan sebuah katil empuk, sebuah bar mini,jubah mandi dan dua pasang selipar.

Bagaimanapun, terdapat kelainan apabila suhu bilik hotel yang diduduki mencecah sehingga paras beku bagaikan sedang menginap di Kutub Utara. Pengalaman luar biasa itu boleh diperoleh apabila menginap di hotel ais pertama negara berkenaan yang mencecah sehingga paras suhu beku.

"Sekiranya anda mandi sebelum melabuhkan diri di katil untuk tidur pastikan rambut berada dalam keadaan kering atau ia akan beku.

"Anda juga dinasihatkan agar tidak minum arak terlalu banyak atau makan hidangan yang berat. Pastikan anda menukar pakaian sebelum memasuki bilik penginapan," kata pengurus hotel berkenaan, Annet Van Limburg kepada pengunjung yang pertama kali menginap di hotel ais tersebut.

Dengan perasaan gementar berbaur gembira, Luc van Heijst dan Maya Zhang, masing-masing berusia 42 tahun mendengar penuh teliti setiap penerangan serta nasihat disampaikan kepada mereka sebelum melangkah masuk ke bilik hotel.

Bagasi penuh dengan beberapa pasang seluar, baju panas, sarung tangan dan topi menandakan kesediaan rapi mereka. Semuanya untuk merasai pengalaman baharu menginap di hotel yang diperbuat daripada ais itu.

"Saya tidak berasa takut tetapi, terasa sedikit gementar apabila melangkah masuk ke hotel ais ini," akui Van Heijst yang berasal dari Veghel.

"Kami mengunjungi tempat ini bukan sahaja dapat merasai pengalaman baharu malah terasa bagaikan seperti kanak-kanak semula," katanya lagi.

Dibina sempena Festival Mengukir Ais di Zwolle dan diuruskan hotel tempatan, struktur hotel ais berkenaan mempunyai tiga bilik penginapan dan berdiri kukuh di dalam gudang sejuk. Bagi musim 2011 dan 2012, hotel ais terbesar di dunia terletak di Jukkasjarvi, Lapland, Utara Sweden yang mempunyai 47 bilik penginapan.

"Tidak seperti Kanada dan Lapland, hotel yang terdapat di sini tidak terletak di kawasan alam semula jadi. Pengunjung yang menginap di hotel-hotel berkenaan tidur dalam suasana negatif 20 darjah," kata Van Limburg.

Apabila melangkah masuk ke dalam hotel berkenaan, pengunjung akan dapat melihat ukiran corak-corak abstrak menghiasi dinding-dinding pada dua bilik penginapan.

Bilik ketiga pula mengetengahkan tema nautika termasuk dekorasi cengkerang gergasi mengagumkan manakala langsir berwarna hitam bertindak sebagai pintu bilik berkenaan.

Diukir menggunakan blok pejal ais seperti kiub ais sangat besar, tarikan utama bilik berkenaan merupakan katil empat segi yang diterangi pancaran cahaya berwarna merah jambu, biru dan hijau.

Pancaran cahaya berkenaan dibias melalui lampu-lampu yang diletak di dalam bongkah ais katil tersebut. Pembikinan mengambil masa kira-kira 10 hari untuk menyiapkan tiga bilik unik tetamu di hotel berkenaan.

Pengunjung boleh menginap di hotel unik tersebut bermula 3 Disember lalu sehingga 29 Januari ini. Penginapan satu malam bagi dua tetamu termasuk makan pagi berharga AS$259 (RM821). "Ia tidak berbahaya sekiranya anda sihat," kata Van Limburg.

VAN Limburg berdiri pada salah satu bilik penginapan ditawarkan kepada pengunjung.
Sementara itu selain Belanda, pelancong dari luar Eropah juga tidak melepaskan peluang menginap di Hotel Ais Balea Lac yang terletak di pergunungan Fagaras.

Ia yang berada 300 kilometer (km) dari Bucharest, Romania menjadi tarikan pelancong kerana diperbuat sepenuhnya daripada blok-blok ais malah merupakan satu-satunya hotel ais di Eropah Timur.

Hotel Balea Lac menawarkan 10 bilik berkembar dengan katil saiz king dengan suhu mencecah -2 sehingga 2 darjah Celsius pada kadar harga AS$ 45.73 (RM145) seorang.

Selain daripada bilik yang cukup menawan, ia turut dilengkapi restoran dan kawasan menyambut tetamu diperbuat daripada ais. Pembikinan hotel-hotel ais itu menunjukkan masih ramai orang yang menghargai alam semula jadi sungguhpun dilambakkan dengan pelbagai teknologi dan kehidupan moden.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...