من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, January 27, 2012

Nak Tengok Avanza Baru.....Kat Sini

[KO] SEWAKTU pengenalannya pada Oktober 2004, jentera tujuh tempat duduk jenama Jepun ini tidak mengambil masa lama untuk menjadi popular. Hanya selepas setahun diperkenalkan, Toyota Avanza sudah menjadi model jualan terbaik kenderaan bukan nasional di negara ini.

Lebih menarik lagi apabila gelaran tersebut berjaya dipertahankan oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) itu selama tiga tahun berturut-turut. Inilah antara produk terlaris UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota).

BAHAGIAN belakang Avanza kini lebih menarik perhatian.
Generasi pertama Avanza berada dalam pasaran selama tujuh tahun. Angka jualannya sudah melepasi paras 140,000 unit. MPV tersebut terus meraih sambutan menggalakkan kerana faktor mampu miliknya.

Namun, senario itu mula berubah apabila dua pengeluar kenderaan tempatan iaitu Proton dan Perodua memperkenalkan produk masing-masing, sekali gus menggugat monopoli Avanza.

Biarpun berada dalam kategori berlainan iaitu nasional dan bukan nasional, kemasukan model Proton Exora dan Perodua Alza memberi pilihan baharu kepada kalangan pengguna. Kedua-dua MPV itu dilihat menjadi antara penyebab jumlah jualan Avanza menurun. Ditambah dengan pengenalan model MPV daripada pesaing Toyota lain yang turut ingin berkongsi pasaran MPV tempatan.

Proton Exora diperkenalkan pada tahun 2009, manakala Perodua Alza menyertai persaingan pada 2010. Kedua-dua model itu sememangnya membantu mengembangkan lagi segmen MPV di negara ini. Malah, firma penyelidikan dan perunding antarabangsa, Frost & Sullivan menyifatkan tahun 2009 dan 2010 sebagai tahun penting buat segmen MPV.

Penurunan jualan Avanza bukan sahaja kerana kemunculan produk-produk daripada pesaingnya, tetapi turut disebabkan oleh wajah lama Avanza. Konsumer sudah pastinya tertarik dengan produk baharu. Apatah lagi pada harga mampu milik.

Rekaan ala-ala kotak Avanza telah ditamatkan minggu lalu. Pembedahan kosmetik dilakukan oleh Toyota Motor Corporation (TMC). Hasilnya, Avanza generasi kedua dizahirkan. Avanza kini nampak lebih moden, sporty dan dinamik.
REKAAN papan pemuka yang minimalis dan praktikal.
Ketua Jurutera TMC, Kaoru Hosokawa memberitahu model itu dibangunkan bersama TMC dan UMW Toyota hasil maklum balas pelanggan. Sebelum terlupa, Avanza baharu diimport terus dari Indonesia. Ia tidak lagi dikeluarkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor.

Rupa hadapan Avanza diubah. Paparan tiga dimensi diserapkan pada bahagian bonet. Bampar baharu dan set lampu hadapan dengan gril baharu menjadikannya lebih kemas. Perkara sekecil alat semburan air cermin hadapan juga telah dialih kedudukannya.


Kurang berat

Cermin hadapan jentera itu dicondongkan lagi untuk kelihatan sedikit lebar dan semakin sporty. Cermin sisi ditambah dengan lampu isyarat membelok. Pembuka pintu bahagian luaran ditukar kepada jenis grip. Tiada lagi pembuka pintu gaya van.


BUTANG kawalan audio pada stereng memudahkan pemandu untuk fokus kepada pemanduannya.
Bahagian belakang Avanza lama yang agak lesu akhirnya dilucutkan. Kali ini, set lampu belakang baharu, spoiler bumbung dengan lampu brek ketiga dan sensor undur dipasang padanya. Model baharu juga sudah ada pemegang pintu but.Berat badan Avanza berjaya dikurangkan di antara 15 kilogram (kg)sehingga 20kg bergantung pada varian. Bukan dikurangkan besi pada badannya, sebaliknya Avanza menggunakan keluli tegangan lebih tinggi. Material polipropilena pada bampar juga membantu meringankan jentera itu. Meskipun begitu, ketegaran tubuhnya tetap dikekalkan.

Masuk sahaja ke dalam MPV tu, bahagian dalamannya kelihatan seperti sebuah kereta. Paling ketara ialah stereng tiga jejari yang lebih kecil jika dibandingkan model sebelumnya. Pencahayaan kabin juga lebih terang dan menenangkan.

Tema warna hitam menyelubungi bahagian dalaman. Papan pemuka dua tona menerima rekaan semula yang mana semua fungsi antaramuka ditempatkan pada bahagian tengah. Instrumen meter 3D berlatarbelakang warna oren pula dihiasi lingkaran krom.

Aspek keselesaan amat penting untuk sesebuah MPV. Jadi, tidak hairanlah jika ruang kabin model itu turut ditambah baik. Panjangnya bertambah di antara 10 hingga 15 milimeter. Malah barisan tempat duduk telah dicondongkan sedikit.

Turut diubah ialah tempat duduk barisan ketiga yang dipisahkan kepada menjadi dua buah kerusi. Ruang but lebih luas dengan faktor condong tempat duduk dan peluasan ruang kabin. Pelbagai ruang simpanan barangan kecil disediakan dalam kabin kenderaan.

Terdapat dua pilihan enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter yang kemudiannya dikembangkan menjadi empat varian 1.3E, 1.5G, 1.5E dan 1.5S. Avanza mengguna khidmat enjin spesifikasi Euro 4 dan ditala untuk dipadankan dengan kualiti petrol di Malaysia.

GUGUSAN meter yang kelihatan lebih bagus dan cantik berbanding model sebelumnya.


Antara keunikan Avanza ialah ia masih mengekalkan pacuan roda belakang. Menurut Hosokawa, kelebihan itu membolehkan Avanza mencapai radius pusingan minimum 4.7 meter, peneraju dalam kelas tersendiri. Kelebihannya, lebih mudah sewaktu meletak kenderaan atau mengemudi di laluan sempit.

Tambahan lain membabitkan stereng kuasa elektrik yang hanya menggunakan tenaga sewaktu stereng dipusingkan. Kadar bunyi dan getaran pula dikurangkan dengan aplikasi bahan penebat bunyi. Soal keselesaan pemanduan dikatakan semakin baik dengan adanya sistem ampaian baharu.

Presiden UMW Toyota, Ismet Suki memberitahu sebanyak 710 unit Avanza sudah ditempah di antara bulan Disember lalu sehingga 10 Januari 2012. Sasaran jualan tahun ini ialah di antara 8,800 sehingga 9,000 unit.

Ismet menyifatkan tahun 2012 sebagai tahun menarik buat Toyota. Sebabnya empat model baharu akan diperkenalkan, di samping penambahbaikan model-model sedia ada. Antara yang disebut-sebut ialah model Prius C menjelang Februari nanti. Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...