من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, February 20, 2012

Motorsikal Hibrid Pertama Di Malaysia


[SH] Syarikat Fusion Hybrid Engineering Sdn Bhd, yang berpengalaman mengeluarkan motosikal berteknologi hibrid, memperkenalkan model motosikal empat lejang berkapasiti 200cc pada harga RM4,995 seunit iaitu Freedom Modern Hybrid atau FMH.

Ketua Pegawai Ekseku-tifnya, Fazul M Hug berkata, sebelum FMH berada di pasaran, ia telah melalui siri percubaan selama setahun bagi memastikan benar-benar berkualiti dengan memberi fokus kepada penjimatan bahan api untuk kegunaan jarak jauh.

“Kami yakin motosikal seperti FMH amat dinanti oleh pengguna Malaysia. Paling membanggakan ia gabungan idea empat jurutera tempatan berpengalaman dalam pemotoran,” katanya.

Menurutnya, pemasangan FMH turut dijalankan di sebuah kilang syarikat berkenaan di Batu Pahat, manakala 50 peratus komponennya turut dihasilkan di negara ini dan selebihnya diimport dari beberapa negara Asia termasuk Australia.

Selain itu, penjimatan bahan api turut menjadi fokus kepada pengeluaran FMH iaitu pengguna hanya perlu memperuntukkan RM20 untuk mengisi petrol sebanyak 14 liter yang mampu bergerak sejauh 400 kilometer.

“Walaupun kami menawarkan motosikal dengan harga rendah, namun ia berkualiti dan mampu bertahan dalam tempoh jangka panjang. Sebelum ini dengan harga sedemikian, pelanggan hanya memperoleh sebuah motosikal sekitar 125cc sahaja,” katanya.

Menurutnya, FMH dihasilkan dengan tiga pilihan warna iaitu hijau, hitam dan oren serta turut dilengkapi dengan sistem penghidup enjin automatik dan manual.

Pelanggan juga boleh memilih warna sportrim sama ada hitam atau keemasan termasuk aksesori tertentu daripada jenama ‘Racing Boy’.

“FMH telah berada di pasaran sejak tiga hari lalu. Namun kami tidak melantik mana-mana pengedar untuk menjualnya bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga. Proses jualan dan pembeliannya adalah secara terus dengan syarikat,” katanya.

Dalam tempoh sebulan pertama, Fazul yang juga pengasas FMH menyasarkan jualan motosikal berkenaan mencecah 100 unit dan 1,000 unit bagi bulan berikutnya. 100 pelanggan pertama turut diberikan potongan harga sebanyak RM1000.

“Saya yakin FMH berpotensi capai jualan memberangsangkan di Malaysia, dan syarikat merancang membuka ruang pameran di Pasir Gudang serta beberapa negeri bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian,” katanya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...