من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, March 25, 2012

Ada ke Ulama Taraf Hujjatul Islam Di Malaysia??


[FB] Terkejut admin dengan tulisan dalam blog saudara Faisal Tehrani bertajuk "Mereka Sesat?" (http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/mereka-sesat.html) yang dimuatkan pada 24 Januari 2011. Selain Khalid Ismath, rupanya saudara Faisal Tehrani tidak tekecuali mendukung fahaman songsang Syiah di Malaysia yang sudah turun-temurun mengamalkan ajaran Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Apa yang hebat, dia menggelarkan Ketua Syiah Malaysia sebagai "Hujjatul Islam". Hebat sangatkan Ketua Syiah Malaysia itu sehingga gelaran yang pernah diberikan kepada Imam Al-Ghazali diberikan kepadanya?

Seperkara lagi yang menghairankan adalah dakwaannya dalam tulisan tersebut bahawa jumlah Syiah yang terlalu ramai di seluruh dunia sehingga tidak memungkinkan mereka ini dari golongan yang sesat. Sebagai contoh, dia mendakwa Syiah di Arab Saudi berjumlah 30 juta orang! Bahkan di Madinah sahaja sekitar 50 ribu orang Syiah! Ini satu fakta yang membingungkan kerana apa yang diperolehi dari web kaji selidik penduduk dunia, setakat jumlah penduduknya baru sekitar 25,731,776. Dalam satu sumber lain menyebut baru sekitar 27,136,977. Baiklah, kalau jumlahnya dianjakkan kepada jumlah puluh juta terhampir, jadilah 30 juta. Maka, seluruh penduduk Islam di Arab Saudi adalah Syiah! Fakta yang agak dangkal ini boleh mengelirukan peminat-peminat beliau yang sangat ‘cintakan’ hasil nukilan beliau. Bahkan dikatakan lagi, sejumlah 50 ribu penganut Syiah di tanah haram Madinah al-Munawwarah! Memang fakta yang ‘menarik’ untuk ditatap oleh peminat-peminat novel Al-Tehrani.

Satu lagi, perlu diingat kebenaran bukan diukur dengan jumlah pengikut yang ramai. Jika begitu, adakah pengikut Abu Lahab dan Abu Jahal di zaman jahiliyah yang ramai membenarkan penyembahan berhala yang dilakukan oleh mereka sedangkan pengikut Rasulullah s.a.w di awal kebangkitan sebagai seorang Rasul tidak ramai.

Admin tidak berhasrat mengungkit cerita lama yang sudah basi tetapi harap rakyat Malaysia waspada sebelum Sunni di Malaysia dilanyak seperti di Syria, Iraq dan Iran.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...