من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, April 23, 2012

Ini Dia Penjenayah Anti Islam

[SH] OSLO – Nampaknya ragam pengganas anti-Islam Norway, Anders Behring Breivik semakin menjadi- jadi selepas perbicaraannya masuk hari kelima. Pembunuh berumur 33 tahun yang mengaku membunuh 77 orang di Oslo, 22 Julai lalu mempamerkan pelbagai aksi pelik dan biadab, sehingga menyinggung perasaan keluarga sebahagian mangsa yang turut berada di dalam mahkamah.

Bermula pada hari pertama, Breivik telah menunjukkan sikap kurang ajar dengan memberi tabik ala tentera Nazi dan enggan berdiri semasa hakim memasuki kamar perbicaraan. Dia juga yang kerap tersengih dengan angkuh memberitahu hakim bahawa dia tidak mengiktiraf kuasa mahkamah Norway kerana kerajaan negara itu menyokong kepelbagaian budaya.

Emosinya yang senang berubah dapat dilihat apabila dia turut menangis semasa mahkamah menyiarkan video propaganda miliknya kerana kononnya ia terlalu menyentuh perasaan. Semasa pendakwa raya menyebut dia suka bermain permainan komputer Call of Duty: Modern Warfare sebagai latihan untuk melancarkan serangan berkembar tersebut, ahli kumpulan berhaluan kanan itu tersengih lagi.

Semalam, Breivik memberitahu mahkamah bahawa dia ada membuat kajian mengenai serangan bersiri Al-Qaeda dan membaca lebih 600 cara untuk menghasilkan bom buatan sendiri sebelum melancarkan dua serangan menggemparkan itu.

Sebelum ini, dia mengakui matlamat utamanya adalah untuk membunuh semua orang di Pulau Utoeya termasuk bekas perdana menteri, Gro Harlem Brundtland. Dalam perbicaraan seterusnya, Breivik akan menceritakan bagaimana dia membunuh semua mangsa dan ia mungkin akan memaparkan pelbagai lagi tingkah laku peliknya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...