من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, April 5, 2012

Kisah Wali Allah Badiuzzaman Said Nursi




[FB] “Aku adalah seorang ulama. Allah kurniakan keimanan di dalam Hatiku. Seorang yang beriman lebih mulia dari orang yang tidak beriman. Sekiranya aku bangun menghormati kamu, ini bermakna aku telah menghina agamaku sendiri,” kata Badiuzzaman Said Nursi.

“Dengan mengatakan aku orang yang tidak beriman, awak sebenarnya telah menghina aku dan tenteraku. Bahkan awak juga telah menghina bangsa dan negaraku. Kerana itu awak akan dihukum,” marah Jeneral Nicolas Nicolavich.

Dialog tersebut berlaku apabila Jeneral Rusia yang terkenal itu melawat tempat tahanan perang Qusturma. Badiuzzaman Said Nursi antara mereka yang menjadi tawanan ditempat itu. Apabila Jeneral Nicolas Nicolavich melawat tempat tersebut maka semua tahanan diminta berdiri dan tunduk tanda hormat. Semua tahanan berdiri kecuali Badiuzzaman Said Nursi. Tindakannya itu menuimbulkan kemarahan jeneral tersebut.

Beberapa orang rakannya cuba memujuk Badiuzzaman Said Nursi supaya pergi memohon maaf kepada Jeneral Nicolas Nicolavich. Tetapi beliau menjawab dengan katanya. “Aku tidak boleh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peganganku”. “Tuan boleh dihukum mati kerana menghina jeneral itu,” pujuk Kawan-Kawannya.

“Aku begitu berhasrat untuk pergi ke alam Akhirat dan berada di sisi Rasulullah. Aku hanya memerlukan pasport untuk ke sana. Ini adalah peluang aku untuk mendapatkannya,” tegas Badiuzzaman Said Nursi yang tidak berganjak dari pendiriannya. Badiuzzaman Said Nursi dijatuhkan hukuman tembak kerana dituduh menghina Jeneral Nicolas Nicolavich. Sebelum hukuman dijalankan, beliau meminta untuk berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat. Permintaannya itu diperkenankan oleh Jeneral Nicolas Nicolavich yang turut menyaksikan hukuman tersebut .

Badiuzzaman Said Nursi sembahyang dengan kusyuk. Selesai sembahyang dengan tenang beliau pergi ke tempat hukuman tembak dijalankan. Ketenangan yang ditunjukkan itu membuat jeneral Rusia itu berasa kagum. “Kamu tidak takut ditembak?” tanya Jeneral Nicolas Nicolavich.

“Saya tidak takut kerana dapat tiket ke syurga,” jawab Badiuzzaman Said Nursi.

Jeneral Nicolas Nicolavich berasa kagum lalu berkata. “Aku sangka apa yang kamu lakukan untuk menghina aku, sebab itulah kamu dikenakan hukuman. Sekarang aku faham, kamu bertindak mengikut iman kamu, kamu laksanakan apa yang diperintah oleh agama kamu. Dengan ini, aku gugurkan hukuman ke atas kamu.Kamu sememangnya berhak mendapat
penghormatan dan pujian disebabkan kebaikan dan keimanan yang kamu miliki.Aku mohon maaf kerana menyusahkan kamu,” kata Jeneral itu.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...