BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit. |
Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini.
Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi upacara di rumah mangsa.
Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus. “Pada 11 pagi pada 25 Julai lalu, saya bersama suami dan adik perempuan membawa wanita itu dari rumahnya di Kampung Parit Asam Kumbang Laut di Benut, Pontian, ke rumah kami di Kampung Ayer Baloi.
Post a Comment
Komen Anda