من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, August 6, 2012

Gantung kepala khinzir luar masjid


[SH] TOULOUSE - Dua kepala khinzir ditemui tergantung di pintu masuk sebuah masjid di selatan Perancis dan disifatkan sebagai kebangkitan Islamofobia di negara itu, menurut pemimpin Islam.

Datuk Bandar Montauban turut mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkan sebagai menakut-nakutkan umat Islam di Perancis.

“Kepala khinzir itu diletakkan di dua tiang di pintu masuk Masjid Salam dengan darah mengalir di perkarangan masjid tersebut," katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab.

Seorang pemimpin Islam, Abdallah Zekri berkata, perbuatan itu sangat mengejutkan kerana ia berlaku dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, perbuatan ini sengaja dilakukan golongan anti-Islam sebagai provokasi dan menghina umat Islam.

“Perbuatan ini menggambarkan betapa bencinya golongan ini kepada umat Islam,” katanya.

Ini adalah kejadian pertama di Montauban, berhampiran bandar Toulouse dan pada tahun 2009, kaki khinzir telah digantung di sebuah masjid di Castres, juga di selatan Perancis dengan lambang swastika Nazi dengan slogan erkauman dan nasionalis dicat pada dinding bangunan itu.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...