Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kementeriannya sedang dan akan terus memantau dengan teliti projek tersebut bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. “Pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan pengangkutan awam serta kualiti hidup penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatan berkenaan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.
JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan itu.
Post a Comment
Komen Anda