[FB] Jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya
kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan
kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami
kerugian semasa menjalankan perniagaannya.
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di
Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak
nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah
sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat
suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan
pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya
sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit
pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan
transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam
game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan
kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta
pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku
dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak
sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online
tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top
menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya
melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan
yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran
yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran
dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual
DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai
modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal
kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD
Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu
di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi
semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang
akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual
kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus
daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top
mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani
dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan
mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan
kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa
kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula
menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya.
Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang
memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya
ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping
mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat
memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi
perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan
menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan
shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana
asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall
tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top
berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya
untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung
oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu
tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk
bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana.
Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya
yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan
kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea
untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan
Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai
lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong
sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba
sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut
belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama
dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan
produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata
Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top
untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah
sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur
rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top
tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja.
Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses
menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi
dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus
snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang
ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven
dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand
dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia
juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26
tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan
memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai
billionaire muda Thailand.
-
Post a Comment
Komen Anda