Mereka membawa bersama satu botol minyak wangi yang digunakan untuk
"pengasih" yang dibeli daripada seorang ustaz dengan harga RM300. Dakwa
ustaz tersebut, dengan memakai minyak wangi yang dibeli ini, sesiapa
yang berjumpa dengannya tidak akan memarahi dan membencinya.
Bapa kepada si anak ini tidak suka dgn minyak wangi tersebut dan
melalui nasihat Darusalam kepad anaknya itu, akhirnya anak lelakinya
meninggalkan minyak wangi itu di Darussalam walaupun terasa sayang
kerana ingin digunakan bagi memikat perempuan nanti.
Darussalam menerima minyak wangi tersebut dengan tidak menduga apa-apa
yang kotor , dan sangat bersetuju agar minyak wangi itu tidak digunakan
kerana bimbang ia dijadikan seolah suatu tangkal/azimat bagi remaja SPM
tadi.
Akhirnya setelah lebih kurang seminggu dalam simpanan, kami melupuskan
barang-barang yang ditinggalkan dengan membaca ayat-ayat ruqyah terlebih
dahulu. Lalu minyak wangi tersebut dibuang dalam parit besar yg
berdekatan.
Setelah dicampak minyak wangi itu lebih kurang 2-3 minit, bapa kepada
si lelaki SPM tadi menelefon kami dan mengatakan anaknya jatuh pengsan
dan tak sedar diri. Lalu dibawa berjumpa kami dan pihak Darussalam
melakukan rawatan, ternaya minyak wangi pengasih itu didampingi jin dan
meresap ke dalam tubuh anak lelaki si bapa tadi.
PERSOALAN :
Bagaimana boleh terjadi sebegitu sedangkan yang menjual minyak wangi itu seorang perawat islam dan seorang ustaz?
JAWAPAN :
Apakah Islam menyuruh kita menggunakan jampi-jampi untuk mencari
pasangan kekasih? Walaupun dijampi dengan beberapa ayat termasuk ayat
al-Quran, namun jin telah mencelah masuk dengan tujuan untuk lebih
menyesatkan lagi ustaz tersebut agar apa yg dibuat BERHASIL dan dilihat
sebagai Rawatan Islam, sedangkan yg dibuat adalah bertentangan dengan
islam.
Post a Comment
Komen Anda