[FB] Tembikai
segi empat atau kiub mungkin kedengaran agak pelik bagi kita, tetapi
tidak bagi penduduk Jepun. Petani di Jepun sudah biasa membesarkan
tembikai dengan cara seperti ini. Kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang
petani di wilayah Kagawa, Jepun telah mencipta cara supaya tembikai
berbentuk kiub mudah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tembikai kiub tidak
begitu banyak dituai antara 800biji ke
1,000biji setiap musim. Harga kebisaanya terus meningkat kepada 12,000
yen atau bersamaan lebih kurang 400 Ringgit Malaysia.
Walau
bagaimanapun, bentuk yang luar biasa mengundang banyak perhatian dari
seluruh dunia. Bukan sahaja di Eropah dan Hong Kong yang memaparkan
tembikai ini di media, tetapi juga presiden sebuah negara Asia dan
seorang pegawai kanan Syria telah membeli tembikai ini, sekarang,
tembikai pelik dari Jepun telah menjadi terkenal di seluruh dunia.
Ianya mempunyai kelebihan dari segi pembungkusan dan penghantaran dan
menjimatkan ruang di kedai-kedai runcit berikutan bentuknya.
-
Post a Comment
Komen Anda