من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, November 13, 2013

FAKTA SAKRATUL MAUT YANG PERLU KITA KETAHUI


 

[FB] Rasulullah SAW Bersabda, Apabila Salah Seorang Daripada Kamu Apabila Hendak Meninggal Dunia, Hendaklah Ia Mempunyai Keyakinan Yang Baik Terhadap Allah.

Sakaratul Maut Akan Ditempuhi Setiap Orang Samada Secara Sukar (Berat) Atau Senang (Ringan). Rasulullah SAW Wafat Dalam Keadaan Sukar (Sakit). Saiyyiditina Aisyah RA Tidak Merasa Irihati Dengan Orang Yang Ringan Sakaraul Maut Kerana Beliau Melihat Sendiri Beratnya Sakaratul Maut Rasulullah SAW.

==============

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul Maut Itu Sakitnya Sama Dengan Tusukan Tiga Ratus Pedang” (HR Tirmidzi). Sabda Rasulullah SAW : “Kematian Yang Paling Ringan Ibarat Sebatang Pohon Penuh Duri Yang Menancap Di Selembar Kain Sutera. Apakah Batang Pohon Duri Itu Dapat Diambil Tanpa Membawa Serta Bagian Kain Sutera Yang Tersobek ?” (HR Bukhari)

Ka’b Al-Ahbar (At-Tabi’en) Berpendapat : “Sakaratul Maut Ibarat Sebatang Pohon Berduri Yang Dimasukkan Kedalam Perut Seseorang. Lalu, Seorang Lelaki Menariknya Dengan Sekuat-Kuatnya Sehingga Ranting Itupun Membawa Semua Bahagian Tubuh Yang Menyangkut Padanya Dan Meninggalkan Yang Tersisa”.

Imam Ghazali Berpendapat : “Rasa Sakit Yang Dirasakan Selama Sakaratul Maut Menghujam Jiwa Dan Menyebar Ke Seluruh Anggota Tubuh Sehingga Bahagian Orang Yang Sedang Sakarat Merasakan Dirinya Ditarik-Tarik Dan DiCabut Dari Setiap Urat Nadi, Urat Saraf, Persendian, Dari Setiap Akar Rambut Dan Kulit Kepala Hingga Kaki”.

==============

Imam Ghazali Mengutip Sebuah Riwayat Yang Menceritakan Tentang Keinginan Nabi Ibrahim AS (FOTO MAKAM) Untuk Melihat Wajah Malaikatul Maut Ketika Mencabut Nyawa Orang Zalim. Allah SWT Pun Memperlihatkan Gambaran Perupaan Malaikatul Maut Sebagai Seorang Pria Besar Berkulit Legam, Rambut Berdiri, Berbau Busuk, Memiliki Dua Mata, Satu Didepan Satu Di Belakang, Mengenakan Pakaian Serba Hitam, Sangat Menakutkan, Dari Mulutnya Keluar Jilatan Api. Ketika Melihatnya Nabi Ibrahim AS Pun Pengsan Tidak Sedarkan Diri.

Sebaliknya Imam Ghazali Mengatakan Bahawa Orang Beriman Akan Melihat Rupa Malaikatul Maut Sebagai Pemuda Tampan, Berpakaian Indah Dan Menyebarkan Wangian Yang Sangat Harum.

==============

Sayyidina Umar RA Mengatakan Sekiranya Sesorang Mempunyai Dosa Yang Belum Selesai, Sakaratul Mautnya Sukar Kerana Allah Hendak Menghapuskan Dosanya Dan Menaikkan Darjatnya. Ada Orang Melihat Buku Amalannya Bersih (Iaitu Tiada Kejahatan, Walaupun Dia Pernah Melakukannya), Rupa-Rupanya Allah Telah Menghapuskan Dosanya Kerana Dia Telah Sakit Beberapa Tahun Sebelum Kematiannya.

Seperti Perempuan Bersalin, Dihapuskan Dosa Dan Diberi Pahala. Begitu Juga Isteri Yang Memasak, Menjaga Anaknya, Walaupun Ia Bukan Tugasnya. Semua Benda Yang Sukar Dan Musibah Allah Beri Pampasan Pahala Yang Sesuai Dengan Musibah Yang Ditempuhinya. (Kecuali Yang Sengaja Dicari).

==============

Berbeza Dengan Orang Kafir Yang Buat Kebajikan, Dibayar Kebaikannya Terus Semasa Di Dunia (Samada Melalui Kekayaan Atau Lain-Lain Kesenangan) Kerana Mereka Akan Dimasukkan Ke Dalam Neraka. Mereka Dimudahkan Sakaratul Maut Kerana Akan Diseksa Kelak.

Semasa Di Hari Kiamat Mereka Minta Balasan Atas Kebajikan Mereka, Jawab Allah Dalam Firmannya : Surah Al-Ahqaf [20] = “Dan (Ingatlah), Semasa Orang-Orang Kafir Didedahkan Kepada Neraka (Serta Dikatakan Kepada Mereka) : Kamu Telah Habiskan Nikmat-Nikmat Kesenangan Kamu Dalam Kehidupan Dunia Kamu Dan Kamu Telah Bersenang-Senang Menikmatinya; Maka Pada Hari Ini Kamu Dibalas Dengan Azab Yang Menghina Kerana Kamu Berlaku Sombong Takbur Di Muka Bumi Dengan Tidak Berdasarkan Alasan Yang Benar Dan Kerana Kamu Sentiasa Berlaku Fasik.” Namun Kebiasaanya Kafir Yang Sembah Berhala Sukar Hendak Mati.

Orang Kafir Bertanya Di Padang Masyar Mengapa Mereka Dilupakan : Surah Al-A’raf [51] = “Oleh Itu, Pada Hari Ini (Hari Kiamat), Kami Lupakan (Tidak Hiraukan) Mereka Sebagaimana Mereka Telah Lupa (Tidak Hiraukan Persiapan-Persiapan Untuk) Menemui Hari Mereka Ini Dan Juga Kerana Mereka Selalu Mengingkari Ayat-Ayat Keterangan Kami”. Sesungguhnya Allah Akan Melupakan Orang Yang Tidak MengingatiNya.

==============

Dalam Menghadapi Sakaraul Maut Ingatlah Allah, Kerana Masa Itu Adalah Masa Ujian. Syaitan Akan Datang Dan Menggunakan Kepandainya Untuk Mematikan Manusia Dalam Keadaan Kafir, Samada Menjelma Sebagai Ibu, Bapa, Kawan Atau Guru Yang Kita Hormati Dan Menyeru Supaya Beriman Dengan Agama Nabi Musa, Nabi Isa Dan Meninggalkan Islam.

Pertahankan Iman Kita Dalam Keadaan Sakit Itu Dengan Mengingati Allah Dengan Bersungguh-Sungguh Dan Minta PertolonganNya. Selain Itu Berharaplah Dengan Rahmat Allah Dan Bukan Dengan Amalan Kita.Latihlah Diri Kita Untuk Takut Dan Menyayangi Allah Lebih Dari Segala-Galanya.

Perasaan Takut Kepada Allah Itu Perlu Kepada Ilmu. Ilmu Pula Perlu Kepada Guru. Guru Pula Perlu Bertaraf Mursyid, Yakni Guru Yang Takutkan Allah, Guru Yang Benar Dan Guru Yang Beramal Dengan Ilmunya. “Kepimpinan Melalui Tauladan”, Rasulullah SAW Sendiri Sebagai Seorang Guru Sangat Takutkan Allah.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...