من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, October 30, 2009

Cara Buat Mee Kuning...betul-betul Hooliau



1 kilo tepung gandum cap sauh je
pewarna kuning- serbuk lagi cantik colour mee tu nanti (serbuk kunyit je)
soda utk buat mee ( cari jer kat Giant)
air masak sejuk- lebih kurang 300ml
minyak & garam secukupnya

*CARA-CARA NYA*

1- Rendam soda dlm air masak yg tlh dicampur pewarna & garam lbh kurang 5 minit. Kemudian rasa dgn jari, rasa mcm licin bersabun & kemudian rasa samada air tu rasa payau/pahit...kalau tak rasa payau/pahit kira ok le...kalau rasa payau/pahit...tambah air...angkat soda dr bekas air. Soda dikeringkan & simpan....boleh digunakan berkali2 sampai habis...

2- Campurkan air soda sedikit demi sedikit ke dlm tepung tadi sehingga menjadi doh yg keras. Keras sikit jer dari rasa doh karipap tu...

3- Kemudian boleh mesin menjadi kepingan2, kena mesin 4/5 kali hingga jadi kepingan yg cantik...sambil tu panaskan air biasa didalam periuk untuk celur mee- Kalau guna tepung cap sauh 1,2 kali mesin dah cantik dah...

4- Kemudian mesin le guna bentuk mee.

5- Habis je mesin mee, celur mee di dlm air yg dimasak tadi (tak perlu mendidih sgt...air start mendidih sikit tu boleh le masukkan mee)

6- Kacau dgn cermat guna garpu...celur dalam 1 minit sahaja.(lagi cepat pun ok)

7- Toskan, basuh dengan aliran air paip- kalau guna tepung cap sauh jangan basuh pasal nanti cepat basi.

8- Toskan lagi & gaul dgn 1-2 sudu besar minyak masak dgn cermat.

9- Ok, siap le....nak goreng ke, sup ke, kari ke ....apa2 mee la...

Nota
1) utk tepung hovis, air untuk celur mee boleh celur untuk 2 kali sahaja- kalau lebih, mee cepat basi. Kalau tepung cap sauh boleh 4 kali
2) tepung sauh- tak perlu basuh mee selepas dicelur pasal tepung hovis sangat berkanji.
3) Ada yang cakap kalau letak telur 2 biji lagi menjadi- try le nanti apa bezanya.
4) Petua lain masa celur mee, air campur jugak dgn sedikit minyak...supaya mee tu tak melekat...
5) Nama soda tu ...batu soda tapi dlm English g tulis soda powder lak...
Sekian Ajer...Selamat Mencuba

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
boleh tahan berapa lama?
Ahmad Alwi's avatar

Ahmad Alwi · 649 weeks ago

Salam semua,

Minta izin tuan punya blog, nak buat promosi ckit kat sini, Khas untuk pelanggan sekitar Kota bharu/Wakaf bharu (Kelantan) dan lokasi berhampiran sahaja.

Kami sedia menerima tempahan Mee Kuning (saiz lebih kecil/halus/nipis dari mee kuning biasa)

Rasa lebih enak , mudah sebati & serasi dengan masakan anda dan lebih memuaskan hati. Pelanggan kami lebih gemarkannya.

Yang paling penting ! Tanpa bahan pengawet.

& Kami juga sedia terima tempahan Mee kuning Leper jika diminta.

So, sesaper yang berminat untuk mendapatkannya , sila call "Kak Yah" untuk buat tempahan dulu yer , no kami nie : 09-7191877 @ 013-4433042.

atau email kami di globalincomes@gmail.com

Lokasi kami di : Lot 1722,Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu,Kelantan.

Salam. :D

Post a new comment

Comments by

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...