من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, November 11, 2009

KUIH QASIDAH



Bahan-bahannya

300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2? - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1? cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
5 biji telur ayam, dipukul
4 sudu besar minyak sapi
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan
10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara Membuatnya
1) Tepung disangai hingga wangi dan kuning. Sejukkan sebentar.
2) Kemudian dicampurkan santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.
3) Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.
4) Proses mengacau kira-kira 1? - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat.
5) Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih.

tapi resepi kuih yang mie07 bagi lebih kurang aje..beza cuma kukus ngan kacau aje...


variasi [ninoZ]
kalau kat utara kann..
kuih hasidah or qasidah cuma dibuat dari tepung gandum, gula n sedikit minyak sapi atau butter [kadang otg tak taruk pun minyak sapi nih]
kacau tepung+gula+air sampai kental n berkilat..pastutuang dlm loyang then agak2 dah set..tabur dgn bwg goreng

ade gak yg buat qasidah dgn tepung jagung..lagi halus teksturnya compared dgn tepung gandum..but it improvisasi dari versi traditional.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...