-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Saturday, December 25, 2010
4 Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur
Di dalam banyak hal, ramai menyangkakan umur mereka semakin meningkat, tetapi hakikatnya umur sebenarnya semakin menurun, dan semakin pendek. Ada banyak sebab yang boleh membawa kepada pendek umur.
Empat faktor dibawah ini jika kita biasa mengamalnya maka akan singkatlah umur kita. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, mengenalpasti keburukan empat rutin harian yang mana boleh menyebabkan pendek umur. Cuba kita perhatikan pada setiap faktor, jika kebiasaan itu dijalani setiap hari, berarti kita sedang mengumpul masalah dan perlu diperbetulkan segera sebelum terlewat.
1. Kurang tidur
Kajian menunjukkan tidur 7 ke 9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur yang cukup, metabolisme badan akan kembali normal. Ini akan dapat menjaga keseimbangan berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.
Tahukah anda, menonton TV atau menatap komputer sebelum tidur boleh membuatkan kita sukar untuk tidur. Jika kita ingin waktu tidur kita yang lebih lama, maka mulai sekarang, jadualkan waktu tidur kita dengan sebaiknya. Gantilah aktiviti yang berat ketika hampir waktu tidur dengan kegiatan santai. Cara ini dapat melatih diri untuk tidur nyenyak sepanjang malam.
2. Melewatkan sarapan
Cuba kita fikir sejenak, selama ini kita sering terburu-buru untuk pergi ke pejabat dan lupa sarapan? Jika perkara ini hampir berlaku setiap hari pada diri kita, maka ubahlah kebiasaan buruk ini.
Tubuh kita baru saja 'berpuasa' semalaman seharusnya kita perlu mendapatkan tenaga di pagi hari. Jika ingin tubuh kembali bertenaga, kita perlukan sarapan yang seimbang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Berhati-hatilah, kerana jika terbiasa tidak sarapan pagi, kemungkinan tubuh kita akan mudah lemah dan tidak bermaya. Kita akan nampak letih dan tua sebelum waktunya.
3. Tidak bersukan
Jika kita fikir keseimbangan berat badan hanya boleh didapati melalui diet saja, maka apa yang kita fikirkan itu tidak akan berjaya. Tubuh badan kita perlu bergerak. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizik dan hormon yang diperlukankan untuk membangunkan otot dan tulang, serta membakar lemak.
Cuba bayangkan jika kita sentiasa bersukan dan melaksanakan faktor-faktor yang telah disebut di atas, maka selain membuat tenaga diri kita terjaga, juga akan membuat kita awet muda. Yang lebih penting adalah bersukan dengan bersungguh-sungguh iaitu yang melibatkan pelatihan interval berintensiti tinggi, dan mengambil masa 20-30 minit sehari.
4. Mengambil snek di malam hari
Membiasakan diri mengunyah snek malam hari sebelum tidur, akan menyebabkan pembakaran lemak tertunda sampai meningkatkan hormon stres sebelum tidur. Jadi, jika anda sudah makan malam yang mengandung makanan yang seimbang, tak perlu lagi mengunyah apa-apa sebelum tidur.
Sumber: cosmic
4 Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur
2010-12-25T22:40:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Kesihatan|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda