1.Pintu Makan
Ini adalah pintu paling utama terjadinya penyakit. Dan juga pintu paling susah untuk dijaga. Apa maknanya? Apa yang anda faham dengan makan? Maknanya cara kita makan,apa?banyak mana?bila?kenapa?
Apa saja yang kita masukkan ke dalam mulut dan terus terjun ke perut atau nama lain lubuk penyakit. Banar kata Nabi kita, perut adalah punca penyakit. Sebenarnya bencana mulut ini bukan sahaja dalam bab mengumpat, fitnah, mengadu domba dan sebagainya, tetapi juga dalam bab kesihatan. Pendek kata, kalau kita mampu jaga mulut kita, maka amanlah dunia. Banyak penyakit dalam masyarakat kita berpunca daripada mulut. Adik beradik bergaduh disebabkan mulut. Orang sanggup berbunuh disebabkan mulut. Benar kata orang dulu-dulu. Kerana mulut badan binasa.
Begitu juga dengan kesihatan badan kita. Strok, serangan jantung, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, gout, gastrik, sebahagian kanser dan beratus lagi senarai panjang penyakit dan diagnosis berpunca daripada apa yang anda makan. Malangnya kita tidak pernah kisah, ataupun tidak pernah tahu sebab tidak ada siapa yang bagitahu, atau kita buat-buat tak tahu tentang makanan kita.
2.Pintu kuman
Ini pun satu lagi pintu yang menjadi punca kepada banyak penyakit manusia. Allah jadikan dalam dunia ni banyak alam. Ada yang nampak macam alam haiwan dan tumbuh-tumbuhan( flora dan fauna ), alam dunia dasar lautan, alam angkasa lepas. Ada juga alam yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar seperti alam mikroorganisma, hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop. Virus, bakteria, kulat( fungus ), parasit dan banyak lagi. Semua makhluk ni hidup bersama kita, bahkan tinggal dalam badan kita. Sebahagiannya memberi manfaat dan sebahagiannya penyebab penyakit.
Bencana H1N1, leptospirosis( kencing tikus ),denggi dan banyak lagi yang menjadi masalah negara adalah disebabkan kuman.Kita berperang dengan musuh yang tidak nampak. Peperangan yang kita rasa kita menang tetapi telah mengorbankan banyak nyawa dan jiwa, bazirkan puluhan juta wang dan tenaga. Namun kita semacam terlupa untuk mencegah musuh kuman ini diperingkat awal.
3. Pintu Imun Gila ( Autoimmune )
Saya yakin anda pasti tertanya-tanya apa maknanya Imun Gila ni kan? Memang punca penyakit ni tak ramai yang tahu tetapi banyak sangat berlaku. Dan kes-kes yang melibatkan imun gila ini makin bertambah di seluruh dunia. Terus terang cakap, doktor pun susah nak explain kenapa jadi begitu.
Dalam badan kita, ada satu sistem dipanggil Sistem Imun Badan. Sistem ini melindungi badan daripada serangan kuman dan kanser. Sepatutnya imun ni melindungi badan sendiri, tetapi kadang-kadang dia jadi gila ( dipanggil Autoimmune disease ). Bak kata pepatah “ Harapkan pagar, pagar makan padi “ . Dia jadikan sel-sel badan sendiri sebagai sasaran. Serangan kepada sendi jadi arthritis, salur darah jadi vasculitis, otot jadi myositis, hati jadi hepatitis dan boleh melibatkan semua sel seluruh badan.
Systemic Lupus Erythromatosis( SLE ), Rheumatoid Arthritis adalah contoh yang banyak berlaku. Yang menggerunkan sesiapa sahaja boleh kena sakit ni, tetapi yang sedikit berita buruk buat kaum wanita, WANITA lebih berisiko untuk menghidapi masalah ini.
4. Pintu Cari Penyakit
Punca ni pun menjadi masalah besar kepada masyarakat. Sebab apa saya namakan cari penyakit? Sebab kita yang cari sendiri. Kemalangan jalanraya, bergaduh, makan racun, bunuh diri , ni semua adalah berpunca daripada sikap kita sendiri. Inilah juga banyak pesakit datang hospital.
5. Pintu Keturunan
Ya, mungkin anda tertanya-tanya, macamana keturunan boleh jadi punca penyakit. Sebenarnya kita mewarisi gen ibu dan bapa, nenek dan moyang kita. Bukan sahaja sifat-sifat fizikal, mungkin muka anda mirip muka bapa atau nenek anda, tetapi anda juga mewarisi sakit mereka.
Thalasemia umpamanya, hanya akan terjadi jika ibu dan ayah pembawa gen thalasemia. Kalau salah seorang sahaja pembawa, seorang normal, thalasemia tidak akan berlaku.
Pesakit yang bapa atau keluarga meninggal sebab serangan jantung pada umur muda, berisiko untuk mendapat serangan yang sama.
Dan banyak lagi penyakit yang disebabkan oleh genetik. Jadi sebelum anda mencari kekasih dan beristeri, anda patut siasat juga keturunannya. Tapi selalunya cinta itu buta, semuanya indah belaka. Bak kata jiran saya, masa bercinta kentut pun wangi.
6. Pintu Jiwa Kacau
Saya namakan pintu ini jiwa kacau kerana punca penyakit ini datangnya daripada jiwa yang tidak tenteram. Sebenarnya manusia terjadi daripada dua unsur; jasad dan roh.
Penyakit jasad mudah kita kenali dan rawat sebab kita rasa sakit kita akan cari ubat.Namun sakit roh atau jiwa ini, kita susah nak kenali sebab jiwa kita tidak dapat lihat dan pegang.
Trend masakini menunjukkan masalah sakit jiwa ini makin serius di seluruh dunia. Mania, skizoprenia, kemurungan antara sakit yang menghantui seluruh dunia kerana kes bertambah dari tahun ke tahun. Di Malaysia sahaja, dijangka akan bertambah berlipat kali ganda. Sekarang pun anda boleh rasa sendiri, cuba anda baca Harian Metro selama seminggu macam-macam kes pembunuhan kejam, buang anak, merompak, rogol.
Itulah sebagai pengenalan kepada pintu penyakit yang menjadi punca sakit.
sumber
Post a Comment
Komen Anda