من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, February 9, 2011

Siapa Maher Zain?


[iluvIslam] Hari ini, ramai kawan saya yang menggunakan lagu Maher Zain sebagai 'ringtone' telefon mereka terutamanya lagu 'For The Rest of My Life.'

Maklumlah, kebanyakan mereka 'sudah berpunya'; samada sedang ber'couple', dah bertunang atau telah beristeri. ^_^

Maher Zain kini menjadi sebuah fenomena di Malaysia.

Lagu-lagunya bukan sahaja didengar oleh peminat nasyid tetapi turut didengari oleh mereka yang selama ini membenci nasyid. Kawan-kawan yang 'sempoi' pun boleh menangis apabila mendengar lagu Maher Zain.

Selain suaranya yang merdu, susunan muzik lagu-lagunya sangat indah. Malah liriknya ber makna dan memberikan kesan mendalam kepada pendengar. Menurut sumber yang saya peroleh, setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau telah melalui proses penapisan.

Proses tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lagu yang disampaikan mampu memberi kesan emosi kepada pendengar atau dengan kata lain, mampu menyentuh hati pendengar.

Siapa Maher Zain?

Teringin juga mengenali siapa sebenarnya penasyid yang hebat ni. Rupanya beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun.

Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam kejerutaan aeronautik. Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat yang mendalam terhadap muzik.

Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan identiti beliau sebagai seorang muslim.

Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang berpangkalan di United Kingdom. Maka lahirlah album debutnya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama di carta Amazon's World Music. Hebat!

Saya doakan agar Maher Zain dapat meneruskan kecemerlangan beliau.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...