من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, February 6, 2011

IKAN GIGI MANUSIA


[WP] Seorang nelayan terkejut besar apabila salah seekor ikan yang ditangkap di Sungai Huang, Yinchuan, China, mempunyai gigi yang sama dengan manusia. Ikan itu kemudiannya disimpan di rumahnya kerana percaya ia boleh membawa tuah.

Xhang Sze, 45, berkata biasanya ikan sungai atau laut mempunyai struktur gigi yang tajam, kecil dan nipis. Tapi ikan yang ditangkapnya agak berbeza. Giginya hampir sama dengan gigi manusia.

“Saya terkejut apabila membelek ikan itu dan mendapati giginya agak pelik seperti gigi manusia. Saya sendiri tak tahu jenis ikan ini,” ujarnya lagi.

Sze kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang turut sama menangkap ikan di sungai tersebut. Inilah pertama kali mereka menjumpai ikan yang mempunyai gigi seperti gigi manusia.

Menurut Sze, dia percaya mungkin ikan itu boleh membawa tuah kepada keluarganya. Dia tidak menjual atau mem­bunuh ikan itu untuk dimakan sebaliknya meletakkan ikan itu ke dalam balang dan mempelihara ikan itu.

Masyarakat China kata Sze,percaya sesuatu haiwan yang agak pelik mem­punyai keistimewaan dan membawa tuah. Walaupun dia tidak tahu di sebalik keunikan ikan itu, dia percaya ia satu pemberian yang perlu dipelihara.

Sejak membela ikan itu, rumah Sze sering mendapat kunjungan ramai. Kebanyakan jirannya hairan melihat ikan bergigi ‘manusia’ dianggap luar biasa. Sze dan suaminya, Xiang, 47, menyara hidup mereka sebagai nelayan. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata berusia 5 dan 13 tahun meng­harapkan kehadiran ikan pelik itu dapat memberi harapan kepada keluarga mereka.

Kata Xiang, sepanjang 25 tahun menjadi nelayan kampung, dia belum pernah melihat ikan bergigi manusia. Baginya ikan itu suatu anugerah kepada keluarganya.


Apabila penemuan ikan itu mendapat liputan meluas melalui media, rumah Sze dan Xiang tidak putus orang datang. Ramai yang menghulurkan sumbangan kepada mereka sambil berdoa meminta rezeki dari ikan itu.

“Saya terpegun melihat ramai orang bersesak-sesak datang ke rumah melihat ikan itu. Malah, kehadiran beberapa pengusaha makanan ikan pernah menawarkan harga yang lumayan untuk membelinya.

“Saya belum terfikir untuk menjualnya. Saya percaya, ikan itu membawa rezeki dan biarlah saya menikmati hasilnya sebelum menjualnya,” ujar Xiang lagi. Sebelum ini, Sze mendakwa pernah bermimpi didatangi oleh seorang kanak-kanak dari sebatang sungai tidak jauh dari rumahnya untuk tumpang berteduh.

Kanak-kanak itu agak pelik kerana tidak mempunyai sebatang pun gigi. Kanak-kanak itu berlalu sebaik saja dia diberi makan. Sze kemudiannya tersedar dari mimpinya.

“Saya kurang pasti sama ada mimpi saya itu mempunyai kaitan dengan ikan yang saya temui atau ia secara kebetulan. Apa pun saya tetap percaya kehadiran ikan itu membawa rezeki kepada keluarga saya.”

Jiran Sze, Chan’ng Xu, 39, mengakui sejak keluarga Sze membela ikan pelik itu, hidup mereka berubah. Rumahnya didatangi orang tidak putus-putus dan mendapat sumbangan yang mem­bang­gakan.

“Saya percaya itulah rezekinya daripada orang ramai yang datang untuk melihat keunikan ikan itu. Mungkin rezekinya akan bertambah baik di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...