من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, February 8, 2011

Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville

Disebabkan benda nie..nyawa manusia melayang

 [iluvislam] Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Florida Times-Union melaporkan,Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti -henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh. Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville? Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?

Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.


Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...