-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Tuesday, March 29, 2011
KAKAK MENGAUM MACAM HARIMAU
[WP] Pengamal perubatan Islam, Ustaz Zawawi Zakaria ketika mendedahkan kejadian aneh ini berkata, badan wanita tersebut juga berbau busuk dan dihurung beratus lalat.
Katanya, walaupun berkelakuan seperti harimau, namun wanita itu tidak bertindak agresif terhadap keluarganya, tetapi ngaumannya yang kuat itu menyebabkan mereka takut mendekatinya. Selepas dua minggu wanita itu berperangai ganjil, keluarganya meminta bantuan Ustaz Zawawi merawatnya.
“Saya terkejut melihat kelakuan wanita itu merangkak serta mengaum sambil mencakar dinding rumah,” katanya. Menurut Ustaz Zawawi, ketika dia melakukan rawatan sambil membaca ayat al-Quran, tiba-tiba wanita garang yang sedang merangkak itu terus jadi lemah dan tidak bermaya.
“Ketika itu saya berdialog dengan wanita itu, rupa-rupanya jin harimau masuk ke dalam badannya. “Dalam keadaan tidak sedar itu wanita itu memberitahu jin dalam tubuhnya itu dihantar salah seorang ahli keluarganya untuk menjaga keselamatan dirinya. “Apabila wanita itu menceritakan perkara itu semua ahli keluarganya terkejut dan mereka saling menuduh sesama sendiri,” katanya.
Tanpa diduga, kata Ustaz Zawawi, tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an yang juga adik wanita itu mengaku menghantar jin harimau itu kepada kakaknya. Jin harimau itu, katanya, dipelajarinya daripada limu persilatannya. “Lelaki itu mengaku dia berbuat demikian bukan untuk mengkhianati kakaknya, sebaliknya mahukan jin itu menjaga keselamatan saudaranya,” katanya.
Ustaz Zawawi menyifatkan tindakan lelaki itu menyimpang dari ajaran agama kerana bersubahat dengan jin serta mensyirikkan Allah. Beliau menasihati lelaki itu membuang ilmu jin harimau itu jika mahukan kakaknya pulih seperti sedia kala. Pada mulanya lelaki itu enggan membuang ilmu itu, tetapi memikirkan nasib kakaknya, akhirnya dia tidak mahu lagi bersuhabat dengan sebarang kuasa makhluk halus.
Lagipun dia sedar perbuatan itu dimurkai Allah. “Alhamdulillah, selepas lelaki tersebut membuang ilmu jin harimaunya, kakaknya tidak lagi berperangai ganjil mencakar dinding atau mengaum,” katanya.
KAKAK MENGAUM MACAM HARIMAU
2011-03-29T08:45:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Keinsafan|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda