من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco Haram

[BLOGGER] Jabatan Mufti negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco (kini popular sebagai satu senaman) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat bawah ni.

 
klik untuk besarkan

P/S : Dalam surat diatas ada disebutkan BERCIRIKAN KRISTIAN bagi yang biasa bersenam dengan cara poco-poco maka diri sendiri boleh merasakan pergerakan kaki tu menghasilkan lambang salib. Lagi pasal poco-poco :


poco-poco maksiat

[BLOGGER] Tarian poco-poco kini popular sebagai aktiviti senaman, namun di sebuah pusat hiburan di Taman Melawati, dekat sini, gerak tari berasal dari Indonesia itu dieksploitasi dgn unsur berahi untuk memancing pengunjung.

Sekumpulan penari wanita warga Indonesia bukan saja berpakaian seksi dan mempersembah kan aksi tarian separuh lucah, malah bahagian tertentu tubuh mereka boleh dipegang serta diraba pengunjung.

Selepas lebih enam bulan beroperasi dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk sekitar yang majoritinya Melayu, kegiatan sumbang pusat hiburan itu terbongkar hasil serbuan lebih 10 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diketuai Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik, Shahrom Maarop, kira-kira jam 1 pagi 4 Ogos lalu.

Shahrom berkata, serbuan itu dilakukan ketika pusat hiburan itu menganjurkan malam persembahan istimewa ‘ladies night’ atau malam wanita dengan pengunjung wanita diberi kemasukan percuma. Menurutnya, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berkaitan pusat hiburan itu menjadi tumpuan umat Islam meneguk minuman keras secara terbuka dan melakukan maksiat.

“Ketika serbuan, sekumpulan sembilan penari poco-poco warga Indonesia membuat persembahan. Mereka berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara dan menari penuh ghairah sambil membiarkan tubuh diraba pelanggan lelaki. “Cahaya samar-samar di pusat hiburan itu menimbulkan suasana ghairah dengan sebahagian besar pengunjung khayal melayan nafsu selepas meneguk minuman keras,” katanya ketika dihubungi.

Shahrom berkata, disebabkan sebahagian besar pengunjung pusat hiburan itu mabuk atau khayal pihaknya terpaksa membuat pengumuman terbuka bagi menyedarkan mereka. Lebih mengaibkan, katanya, segelintir pengunjung wanita di pusat hiburan itu tanpa segan silu cuba menggoda anggota penguat kuasa Jais selepas masing-masing khayal akibat minum minuman keras.

“Kami difahamkan, penari poco-poco warga Indonesia yang membuat persembahan di situ pada setiap malam diupah khas pemilik pusat hiburan itu yang bukan beragama Islam. “Tugas mereka bukan sekadar menari, tapi lebih penting, mereka sedia untuk diraba serta digomol pelanggan lelaki dan itu yang menjadi tarikan utama,” katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat pengurus pusat hiburan itu mendakwa premisnya tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa walaupun beroperasi lebih enam bulan di kawasan penempatan masyarakat Melayu itu. Shahrom berkata, siasatan mendapati, ada ruang khas untuk ‘pengunjung istimewa’ memuaskan nafsu mereka, tetapi tidak beroperasi ketika serbuan.

“Hasil serbuan itu, Jais menahan sembilan pelanggan lelaki dan 13 wanita termasuk penari poco-poco selepas ujian ke atas mereka menunjukkan mereka positif mengambil minuman beralkohol. Mereka yang berusia 22 hingga 35 tahun kini disiasat mengikut Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Selangor,” katanya.

Selain itu, katanya, 31 pelanggan beragama Islam lain diberikan bimbingan kaunseling susulan perbuatan mereka di pusat hiburan terbabit. Shahrom berkata, Jais juga mendapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya memberi amaran kepada pemilik pusat hiburan itu supaya tidak membenarkan pelanggan beragama Islam memasukinya bagi mengelakkan ia menjadi sarang arak dan maksiat.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...