من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, April 12, 2011

Belanda mungkin haramkan penyembelihan binatang

SEBUAH kedai menjual daging halal di Amsterdam, Belanda

[KO] AMSTERDAM - Penyembelihan binatang ternakan mungkin diharamkan di Belanda selepas kaedah tersebut yang terkandung dalam agama Islam dan Yahudi, ditentang oleh majoriti wakil rakyatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan majoriti wakil rakyat Belanda menganggap kaedah penyembelihan halal seperti yang diamalkan umat Islam, bersifat kejam terhadap haiwan. Satu rang undang-undang mengenainya akan didebat di Parlimen Belanda pada hujung bulan ini.

Sebelum ini, undang-undang Belanda mengarahkan haiwan ternakan diberikan renjatan elektrik supaya ia pengsan sebelum dibunuh dengan pengecualian diberikan untuk daging yang disediakan untuk orang Islam dan Yahudi. Kaedah tersebut kononnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketakutan haiwan terbabit.

Cadangan untuk mengharamkan kaedah penyembelihan itu bagaimanapun, ditentang hebat komuniti Islam dan Yahudi di negara berkenaan. "Jika undang-undang ini diluluskan tiada apa yang dapat kami lakukan kecuali mengadakan protes," kata seorang aktivis halal di Belanda, Abdulfatteh Ali-Salah.

Seorang jurucakap sebuah pertubuhan Yahudi, Ruben Vis pula menganggap rang undang-undang tersebut melanggar hak kebebasan beragama. Larangan penyembelihan haiwan telah pun diamalkan di New Zealand, negara-negara rantau Scandinavia dan Baltik serta Switzerland.

Terdapat sekitar sejuta orang Islam daripada keseluruhan 16 juta penduduk Belanda manakala kira-kira 50,000 orang Yahudi turut tinggal di negara Eropah berkenaan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...