-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Saturday, April 16, 2011
PELIK : IKAN BERJALAN DI DASAR LAUT
[PO] Ikan berjalan di dasar laut? Tentu pelik bunyinya. Ikan ini dikatakan mempunyai sepasang tangan dan kaki empat jari seperti sirip di bahagian bawah dan belakang boleh berjalan di atas pasir mahupun di celah permukaan batu karang.
Ikan yang dipanggil ‘Handfish’ atau ada yang menyebutnya ‘Walkingfish’direkodkan sebagai ikan Ambulatory. Spesies ikan pelik ini berukuran kecil berwarna-warni ditemui di dasar laut di perairan Australia.
Ambulatory ini dipercayai wujud sejak beratus tahun lalu. Ia mempunyai persamaan dengan ikan belacak yang terdapat di pantai negara ini semasa air surut.Mengikut kajian Profesor Alexander Torne dari sebuah universiti di Australia, ikan berjalan ini mempunyai 14 spesies di mana sembilan daripadanya telah ditemui dan berjaya direkodkan sebagai ikan unik.
“Mungkin tidak ramai orang mengetahui spesies ikan ini boleh berenang dan berjalan di dasar laut. Ia agak pelik dan unik kerana mempunyai empat jari,” katanya sewaktu membentangkan kertas kerja mengenai keajaiban ikan dasar laut dalam sebuah forum pendidikan baru-baru ini.
Katanya, beberapa penyelam yang menjalankan tugas menyelidik kehidupan dasar laut terkejut melihat sekumpulan ikan berjalan di atas pasir di dasar laut.
“Pada mulanya mereka melihat ikan itu berenang di celah-celah rumpai dan batu karang. Dalam masa yang berbeza, kumpulan ikan itu berjalan di atas pasir menggunakan kedua belah tangan dan kaki di hadapan dan belakangnya seperti biawak.”
Menurutnya, ikan ini mempunyai persamaan dengan ikan laut yang lain. Ia jarang ditemui di tempat lain kerana ikan jenis ini banyak membiak di perairan Australia.“Mungkin terdapat beberapa spesies ikan Ambulatory di perairan lain, cuma bilangannya banyak terdapat di sini,” katanya merujuk kepada perairan Australia.
Di tempat lain kata Torne, ikan Ambulatory atau ikan berjalan ini juga dikenali sebagai ikan locomotion. Ia mempunyai persamaan dengan spesies ikan berjalan di Australia.
Pengarah Australian Centre for Tropical Freshwater Research (Pusat Penyelidikan Laut Dalam Tropika Australia), Damien Burrows mengakui wujudnya spesies ikan berjalan di dasar laut. Ikan-ikan ini katanya mempunyai tangan, kaki di bawah badannya yang boleh digunakan sebagai tangan dan kaki. Ia bergerak pantas memandangkan ukurannya kecil dan ringan.
“Ikan locomotion ini masih dalam kajian dan penemuan ini dianggap unik. Saya percaya terdapat banyak spesies ikan berjalan di dasar laut dalam. “Lagi dalam dasar laut, lagi banyak hidupan pelik yang belum pernah ditemui. Sejak kebelakangan ini, beberapa spesies ikan unik dan pelik ditemui hidup di dasar laut yang terlalu dalam,” ujarnya.
Ikan-ikan ini telah dibawa ke makmal untuk kajian selidik bagi mengetahui kehidupan nya. Pada dasarnya ia seperti seekor ikan laut yang biasa. Katanya, ada juga spesies ikan mempunyai kaki seperti biawak berjari empat. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk yang unik bergantung kepada spesiesnya.
PELIK : IKAN BERJALAN DI DASAR LAUT
2011-04-16T09:59:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
info|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda