من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, May 26, 2011

Bayi baru lahir diperdengarkan muzik klasik

SEORANg bayi diperdengarkan dengan lagu klasik di wad bersalin di Hospital Saca, Kosice, Slovakia pada 10 Mei lalu.
[KO] KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik. Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.

Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka. Ketua wad berkenaan, Dr. Slavka Viragova berkata, muzik itu berfungsi sebagai pengganti suara ibu dan ia membantu bayi bernafas dan mengekalkan denyutan jantung.

"Trauma kelahiran banyak memberi tekanan kepada bayi. Namun terapi muzik membantu seorang bayi meningkatkan berat badan, menghapuskan tekanan dan menangani kesakitan," katanya yang turut melancarkan projek terapi muzik tersebut.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...