-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Tuesday, May 24, 2011
Jin dalam tubuh isteri jelita
[PO] Mangsa, pegawai sebuah jabatan kerajaan hidup seperti cacing kepanasan dan sering bergaduh dengan isterinya sehingga pasangan itu membawa haluan sendiri. Isteri mangsa, seorang setiausaha syarikat berusia awal 30an, mengaku tidak selesa dengan suaminya.
Dia yang memiliki penampilan anggun gaya model mula tidur berasingan sejak suaminya bersikap ganjil. Ke jelitaan isteri pegawai ini mengundang padah apabila rakan sendiri tergamak menggunakan kuasa makhluk halus menyihir suaminya. Pergolakan rumah tangga pasangan itu mendapat simpati seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Rahimi Mohd Rashid Al Madani.
Ustaz Rahimi berkata, sejak terkena gangguan misteri itu tubuh lelaki itu kurus cengkung dan tidak bermaya kerana tidak berselera menjamah sebarang makanan. “Saya sungguh simpati melihat keadaan lelaki itu ketika datang meminta bantuan,” katanya. Bagaimanapun, Ustaz Rahimi berkata, dia sukar mencari punca penyakit lelaki itu menderita.
“Akhirnya saya minta lelaki itu bawa isterinya ke pusat rawatan saya,” kata Ustaz Rahimi yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Al Madani, Kampung Baung, Jalan Pengkalan Chepa.
Beberapa hari kemudian lelaki itu datang bersama isterinya di pusat rawatan Ustaz Rahimi dan ketika dirawat si isteri secara tiba-tiba meronta dan meracau-racau tidak sedarkan diri.
Dalam rawatannya Ustaz Rahimi dapat mengesan segumpal benda aneh dalam tubuh si isteri yang dihantar oleh seseorang secara sihir. Ustaz Rahimi menggunakan kepakarannya berdialog dengan jin yang bersarang dalam tubuh wanita itu dan dalam keadaan tidak sedar wanita itu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Menurut wanita itu, ada jin bersarang dalam tubuhnya yang dihantar oleh rakan suaminya untuk memisahkan mereka. Menurut Ustaz Rahimi, rakan durjana itu menghantar ilmu sihir dengan niat merampas wanita itu dari suaminya. “Rakan itu sungguh durjana, tergamak kemaruk isteri sahabat sendiri.
“Alhamdulillah, selepas melakukan rawatan beberapa kali akhirnya suami isteri itu kembali aman dan mereka kini hidup bahagia,” kata Ustaz Rahimi.
Jin dalam tubuh isteri jelita
2011-05-24T10:21:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
misteri|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda