-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Sunday, May 29, 2011
Warga emas murung di China meningkat
[SH] SHANGHAI - Kebanyakan warga emas di sekitar bandar di China mengalami tekanan perasan, di mana ia dianggap sebagai masalah kemurungan yang sering kali melanda negara sedang membangun, menurut kajian terbaru, semalam.
Kumpulan dari Makmal Kesihatan Mental di bawah Akademi Sains China mendakwa hampir 40 peratus warga tua berada dalam situasi tertekan, mungkin dialami sejak 20 tahun lalu. Kajian dilakukan terhadap lebih 4,900 orang berusia lebih daripada 55 tahun di 29 bandar besar negara itu.
Pengarah Penyelidikan, Li Juan berkata, warga emas yang murung cenderung mengalami masalah tekanan mental dan mungkin boleh membawa kepada tindakan membunuh diri pada masa hadapan. Jumlah golongan mengalami tekanan perasaan juga meningkat kepada 30 peratus berbanding pada 1990-an, di mana ikatan kekeluargaan lebih kuat dan China masih belum membangun.
Warga emas murung di China meningkat
2011-05-29T10:32:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda