[PO] Penduduk Kelurahan Batipuh Panjang, Kecamatan Kota Tengah, Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia digemparkan dengan kejadian aneh seorang warta tua daerah itu yang mati tiga hari lalu pulang ke rumahnya. Lelaki tua itu, Faizal Diman, 75, pulang ke rumah di waktu Maghrib sebaik saja penduduk kampung sedang bersiap-siap untuk mengadakan kenduri arwah.
Faizal Diman |
Beberapa jiran tetangga yang berada di situ melarikan diri ketakutan. Mereka berasa hairan bagaimana, arwah Faizal boleh bangkit dari kubur selepas tiga hari meninggal dunia. Salah seorang anak Faizal, Afrizon, 35, terkejut melihat bapanya berdiri di hadapan pintu sebaik saja dibuka. Lebih mengejutkan lagi, mayat arwah ayahnya masih berkeadaan baik.
Arwah ditemui oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu memberitahu dia menemui arwah berjalan berseorangan di kawasan perkuburan. Lelaki itu tidak mensyaki apa-apa terhadap arwah dan terus menemaninya ke rumahnya berhampiran kawasan perkuburan itu.
“Agak mustahil seorang yang sudah meninggal dunia boleh hidup semula dan kembali ke rumah. Saya tidak percaya sama sekali kejadian ini,” ujar lelaki itu sebaik saja dimaklumkan tentang kematian arwah bapa Afrizon. Peliknya, arwah Faizal memakai sepasang baju serba putih. Dia tidak kelihatan seperti orang mati. Dia masih boleh berjalan dan menggerakkan seluruh anggota badannya.
“Saya seperti tidak percaya kata-kata mereka. Sangka saya, mereka cuma bergurau saja. Rupanya lelaki tua yang saya temui tidak jauh dari kawasan perkuburan itu sudah meninggal dunia,” kata lelaki yang dikenali sebagai Rohim terkejut.
Sebaik saja membawa masuk ayah mereka, beberapa orang ahli keluarganya menyediakan makanan untuknya. Selepas makan, arwah minta diri untuk pulang. Mereka menemani arwah sehingga sampai di kubur. Lebih mengejutkan lagi, kubur arwah masih berkeadaan sempurna tidak berubah seperti tiga hari lalu.
“Saya hairan bagaimana arwah ayah boleh keluar dari kubur sedangkan kuburnya masih tidak terusik. Kadang-kadang ia tidak masuk akal,” jelasnya lagi. Arwah ayahnya hanya berdiri di hadapan kuburnya beberapa ketika sebelum hilang. Mereka percaya, lelaki itu adalah jin yang menyerupai arwah bapanya.
Menurut Afrizon lagi, semasa hayat, arwah bapanya merupakan seorang pengamal ilmu hitam. Dia amat dihormati dan dikenali penduduk kampung. Kemunculannya sewaktu penduduk kampung sedang bersiap sedia mengadakan kenduri arwah menimbulkan tanda tanya kepada semua jemaah yang berada di rumah Afrizon.
Ramai di kalangan mereka percaya yang balik ke rumah itu bukan arwah Faizal sebaliknya jin yang dipeliharanya sejak sekian lama sebagai kadamnya. Kata Afrizon, sebelum meninggal dunia, arwah pernah mengadu sakit dada. Mereka kemudian membawa arwah ke sebuah hospital.
Bagaimanapun, arwah meninggal sebaik saja menerima rawatan doktor. Selesai urusan dokumentasi, arwah dibawa pulang sebelum urusan pengkebumian dilakukan. Mereka mengadakan kenduri arwah selama tujuh hari sebagai adat resam penduduk desa itu. Mereka terkejut apabila arwah Faizal pulang selepas tiga hari dikebumikan.
Post a Comment
Komen Anda