[KO] CLEVELAND - Lady Gaga mencipta sejarah dalam Anugerah Muzik Video MTV pada tahun lalu selepas penyanyi itu memakai baju dihasilkan daripada daging mentah.
Muzium Rock and Roll and Roll Hall of Fame di Cleveland kini mempamerkan baju kontroversi yang pernah dipakai oleh Gaga sejak kelmarin. Baju yang diperbuat daripada kepingan daging mentah itu dikeringkan dengan sejenis bahan kimia di California sebelum ia dipindahkan ke muzium tersebut.
Jurucakap muzium, Margaret Thresher berkata, mereka terpaksa mengecat semula baju itu bagi memastikan ia kelihatan menarik.
-
Post a Comment
Komen Anda