من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, June 14, 2011

Pelumba terselamat kemalangan dahsyat di litar Le Man

KERETA lumba Audi dipandu Allan McNsih melambung dalam kemalangan pada perlumbaan Le Man di Perancis kelmarin.

[KO] LE MANS, Perancis - Pemandu Scotland, Allan McNish terbabit dalam kemalangan dahsyat apabila kereta Audi yang dipandunya melambung ke udara lalu merempuh tembok penghadang semasa perlumbaan 24 jam Le Man, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelumba berusia 41 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dalam nahas tersebut selepas jentera yang dipandunya menghentam tembok di litar Le Man di sini kelmarin pada kelajuan 256 kilometer sejam.

Semasa kejadian, McNish cuba memotong rakan sepasukannya, Timo Bernhard apabila keretanya melanggar belakang kereta pasukan Ferrari.

Kereta Audi tersebut kemudian terbabas dan melambung ke udara sebelum merempuh tempoh penghadang keselamatan dan mendarat dalam keadaan terbalik. Petugas-petugas keselamatan bergegas mengeluarkan McNish dari jenteranya yang remuk.

Pelumba itu kelihatan berada dalam kesakitan tetapi dia disahkan tidak cedera selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...