-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Wednesday, June 22, 2011
Menteri berkhemah untuk kumpul dana
[KO] SYDNEY - Menteri Luar Australia, Kevin Rudd (gambar) sanggup mengharungi cuaca sejuk selama semalam bersama 1,000 ahli perniagaan terkemuka di negara itu bagi mengumpulkan dana membantu golongan miskin di negara itu.
Beberapa pengerusi bank utama, firma guaman, syarikat penerbangan syarikat perlombongan mendirikan khemah yang hanya dilengkapi beg tidur sempena acara tahunan ‘Perkhemahan Ketua Pegawai Eksekutif’ pada malam kelmarin.
Usaha mereka berjaya mengumpulkan hampir AS$4 juta (RM13 juta) untuk kebajikan orang miskin dan tidak berumah di negara itu. Rudd yang menyokong usaha acara tahunan tersebut juga berjaya memperoleh AS$7,438 (RM24,000).
Rekod di negara itu menunjukkan sekurang-kurangnya 100,000 penduduk tidak berumah dan tinggal di jalanan.
Menteri berkhemah untuk kumpul dana
2011-06-22T08:03:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda