من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, June 25, 2011

Tempuh bahaya bina jalan di cenuram


[SH] BEIJING - Jika anda dikategorikan sebagai orang yang takut pada ketinggian, kerja ini mungkin tidak sesuai.

Bagaimanapun, beberapa pekerja projek pembinaan di China sanggup menempuh bahaya untuk membina jalan selebar satu meter diperbuat daripada papan di tepi cenuram Gunung Shifou di Wilayah Hunan.

Beberapa pihak khuatir terhadap risiko bakal dihadapi mereka berikutan tiada langkah keselamatan diambil.

Papan digunakan mereka juga terlalu nipis dan kelihatan usang, namun kumpulan pekerja itu tetap cekal menyiapkan kerja pembinaan jalan mengelilingi gunung sepanjang tiga kilometer, sekali gus menjadi laluan terpanjang untuk pelancong bersiar-siar.

China menjangka ia bakal menarik minat pelancong untuk berkunjung ke kawasan terbabit bagi merasai pengalaman mencabar sambil menikmati pemandangan indah di sekeliling mereka.

Tetapi, persoalannya; Siapakah yang berani berjalan di laluan kayu itu apabila ia siap nanti?

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...