من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, July 19, 2011

Padah Nak Percuma Aje....

KERETA Alfa Romeo mula tenggelam akibat air pasang di sebuah pelabuhan di Portmouth, Britain pada Jumaat lalu

Mahu elak bayaran, kereta dihanyutkan ke laut

[KO] PORTSMOUTH, Britain - Seorang pemandu di Britain kerugian besar semata-mata dia mahu mengelak daripada membayar tiket pakir berharga cuma £2 (RM9.60), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang mahu mengelak daripada membayar tiket parkir bertindak memilih untuk meletakkan keretanya secara percuma di tepi sebuah pelabuhan di sini daripada memasuki sebuah kawasan kereta berdekatan.

Pemandu itu kemudian menaiki tren untuk menuju ke London pada Jumaat lalu. Namun, tindakannya memakan diri apabila keretanya mula dibanjiri air laut ketika air pasang dan beralih kedudukan kerana dibawa arus.

Kereta Alfa Romeo berharga £30,000 (RM145,507). Polis gagal mengesan pemilik kereta itu tetapi berjaya menghubungi menantunya, Steve Sterling. Menurut Sterling, bapa mentuanya akan kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian itu.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...