-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Monday, July 18, 2011
Pelik : WANITA KAKI TERBALIK
[PO] Tiada seorang pun mahu dilahirkan dalam keadaan cacat. Apatah lagi kelahiran itu akan menyusahkan hidup mereka sepanjang hayat. Begitulah nasib yang dialami oleh seorang wanita dari wilayah Chong Qing, Selatan China, Wang Fang 27, di lahirkan dalam kedudukan kedua tapak kakinya terpusing ke belakang.
Semasa kecil, Wang terpaksa belajar berjalan dengan betul walaupun tapak kakinya terbalik ke belakang. Ibu jarinya hanya empat tidak seperti mana orang yang normal.
Keadaan kedua belah tangannya cacat dan pendek, Wang mampu melakukan kerja rumah dengan sempurna. Uniknya, dia mempunyai suami dan anak lelaki berusia, 5 tahun.
“Tidak semestinya orang cacat seperti saya tak boleh melakukan sebarang kerja. Saya mampu melakukan kerja rumah seperti mana orang lain, cuma aktiviti saya agak terbatas,” ujar Wang yang bekerja di restoran milik keluarganya. Wang tidak mahu orang menggelarkannya cacat kerana dia masih mampu melakukan apa saja walaupun memiliki kedua belah tapak kaki yang unik.
“Saya tidak mahu jadikan alasan cacat kerana tidak boleh buat kerja. Saya masih boleh membuat kerja rumah, malah saya kini menyara keluarga,” jelasnya lagi. Anak tunggalnya, Xi mempunyai kaki yang normal malah dia tidak seperti ibunya. Suaminya, Zang bekerja di sebuah kilang arang batu turut sama-sama menyara hidup mereka.
“Apa yang berlaku ke atas diri saya adalah satu takdir dan saya perlu bersyukur kerana saya masih boleh bekerja, berkahwin dan melahirkan anak. “Saya tidak menyesal hidup dalam keadaan begini. Yang penting, saya perlu hidup untuk bersama suami mencari nafkah membesarkan Xi sehingga dia berjaya menjadi seorang yang berguna.”
Wang yang masih mempunyai kedua ibu bapa dan adik-beradik berasa gembira kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga. Hanya dia seorang saja yang mengalami kecacatan. Suaminya, Zang, 31, bangga dengan kesungguhan Wang kerana tidak putus harapan dengan keadaan nasibnya itu. Zang menyifatkan Wang seorang isteri dan ibu yang berdaya saing.
“Walaupun keadaannya cacat, Wang menunjukkan komitmen yang tinggi tanpa rasa jemu. Dia tidak mahu berserah kepada takdir semata-mata kerana kecacatannya itu. “Saya hormati dia kerana tanggungjawab dan kerjasama yang diberikan sepanjang mendirikan rumah tangga. Wang sangat hebat dan baik hati,” ujar Zang lagi.
Jirannya, Xipeng, 36, menganggap Wang seorang wanita yang tidak pernah rasa jemu dengan kepayahannya. Selain bekerja, dia menyediakan makan minum suami dan menguruskan anak. Dia akan melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarganya.
“Saya sungguh kagum melihat semangatnya. Dia seolah-olah tidak cacat. Wang seorang isteri dan ibu yang baik dan bertanggungjawab,” jelasnya lagi. Seorang lagi jiran tetangganya, Chiang Xiang, 42, Wang seorang ibu yang penyayang. Dia tidak sedikitpun memarahi anaknya walaupun melakukan kesalahan.
“Dia seorang ibu yang baik. Saya amat tertarik dengan cara hidupnya. Dia tidak mengenal erti penat kerana masanya banyak dihabiskan dengan kerja-kerja di rumah setiap kali cuti kerja.
“Saya belum pernah melihat orang cacat sepertinya. Dia sangat pantas membuat kerja dan rajin. Dia adalah ibu contoh yang perlu dijadikan iktibar kepada suri rumah lain yang normal,” ujarnya lagi.
Pelik : WANITA KAKI TERBALIK
2011-07-18T15:09:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda