من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, August 21, 2011

Mencari Malam Al Qadr


[SK] Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut:

Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.

Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.

Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.

Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.

Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Tanda-tanda Lailatul-Qadr

Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang -bintang yang muncul sehingga pagi.

Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.

Dipetik dari buku Risalah Puasa, Muhammad Qosim at-Timory, terbitan Jahabersa&Jami’atul Ulum Ar-rahman

Jadual Berkenaan Pendapat Para Sahabat,Isteri Nabi SAW serta Ulama Islam Mengenai Jangkaan Malam Al Qadr

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...