من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, August 26, 2011

Sisa toksik pun ada kat pakaian berjenama ???


[SH] BEIJING - Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, :Greenpeace:, kelmarin mendakwa sisa bahan kimia yang berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia ditemui pada produk keluaran 14 pembuat pakaian terkenal di seluruh dunia.

Sampel pakaian berjenama termasuk Adidas, Calvin Klein, Converse dan Ralph Lauren didakwa mempunyai kesan bahan kimia dikenali sebagai nonylphenol ethoxylates (NPE).

Greenpeace mengumumkan penemuan itu semasa melancarkan laporan dinamakan sebagai Pakaian Kotor 2 yang menjalankan kajian terhadap sampel pakaian dibeli dari 18 negara, dan mendakwa NPE mampu menganggu pertumbuhan seksual dan menjejaskan sistem pembiakan manusia. NPE biasanya digunakan sebagai bahan pencuci industri termasuk dalam penghasilan kain sintetik dan bahan itu dikatakan ditemui dalam dua pertiga daripada sampel yang dikaji.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...