من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, September 17, 2011

Buku Teks Sekolah Di Eropah Punca Anti-Islam


[SH] BERLIN - Buku teks sekolah menengah di Eropah didakwa memberi gambaran tidak tepat mengenai Islam dan penganut nya termasuk menggunakan tanggapan stereotaip yang mencetuskan pelbagai persoalan serta kecurigaan terhadap Islam, menurut kajian terbaru, kelmarin.

Pandangan terpesong dalam buku teks itu menggambarkan sikap perkauman, menurut Institut Georg Eckert di Jerman yang mengkaji 27 jilid buku teks digunakan dalam bilik darjah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Laporan tersebut dibentangkan di Kementerian Luar Negeri Jerman di Berlin dan dianggap kajian pertama seumpamanya yang menyentuh isu itu di Eropah. “Islam sering dilabelkan sebagai sistem peraturan ketinggalan zaman yang tidak berubah sejak zaman dahulu dan menunjukkan seolah-olah Islam dan dunia moden Eropah sentiasa berada di dalam konflik,” menurut pengarah projek institut tersebut, Krohnert-Othman.

Penyelidik menggesa pihak sekolah supaya menyampaikan maklumat tepat mengenai ajaran sebenar Islam yang sememangnya bersesuaian di sepanjang zaman.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...