من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, September 15, 2011

Samun restoran mamak: Dua pelajar antara ditahan



[SH] SHAH ALAM – Polis memberkas lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam, baru-baru ini.


Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan itu, satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam, seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas, motosikal curi, topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan. Sementara itu, dalam kejadian pertama, 28 Ogos lalu, suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube. Dalam rakaman itu, lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.

Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita. Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.

Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran. Tun Hisan berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki, S Veeramuthu, 19, berasal dari Kapar, bagi membantu siasatan. Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...