من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, October 2, 2011

Kalau Sudah Ajal....

Keadaan pesawat CASA C-212 yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Bahorok, Indonesia,JIKA SUDAH SAMPAI AJAL, TALIPINGGANG KELEDAR PUN TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN KEADAAN
[KO] BAHOROK, Indonesia - Kesemua mayat 18 orang penumpang pesawat yang terhempas di kawasan pergunungan di sini telah dikeluarkan dari bangkai pesawat terbabit semalam.

Pesawat CASA C-212 buatan Sepanyol itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada awal Khamis ketika terbang dari Utara Sumatera menuju ke Aceh. Beberapa minit kemudian, ia menghantar satu isyarat kecemasan sebelum hilang daripada jangkauan radar.

Hutan tebal dan cuaca buruk memaksa sepasukan 13 orang penyelamat sampai ke lokasi dengan menaiki helikopter. "Mereka menemui mayat mangsa di atas tempat duduk masing-masing dengan tali pinggang keledar masih terpasang," kata kata ketua pasukan penyelamat, Sunarbowo Sandi.

Mayat-mayat itu terdiri daripada 14 penumpang dan empat anak kapal. Empat daripada mereka ialah kanak-kanak. Sebelum ini, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat timbul selepas pesawat itu dilihat tidak rosak teruk dan salah sebuah pintunya terbuka. Justeru, pasukan penyelamat menjatuhkan makanan dan ubat-ubatan di lokasi kejadian.

Ahli keluarga mangsa menuduh syarikat penerbangan PT Nusantara Buana Air mengambil masa terlalu lama untuk memberi maklumat kepada mereka. "Operasi menyelamat terlalu perlahan dan tidak profesional," kata Rosmawati Harahap yang kehilangan anak lelaki, menantu dan dua orang cucu.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan. Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Indonesia sedang menyiasat insiden tersebut.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...