[SH] TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan
yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi
paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat
melangkaui batas minda.
Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR
Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal
baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev bakal digunakan di seluruh
Jepun bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari
Tokyo ke Osaka.
"Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak
dengan lebih laju serta senyap," katanya yang dipetik dari MailOnline. Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal
beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027
depan.
-
Post a Comment
Komen Anda