-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Wednesday, June 12, 2013
Kisah Si Hodoh dan Si Cantik...
[FB] Ada satu kisah yg diceritakan oleh Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki mengenai orang yang bersyukur & bersabar. Keduanya akan memasuki Syurga.
Pada suatu ketika, terdapat seorang lelaki yang sangat hodoh. Dia pergi ke suatu acara. Di dalam acara itu terdapat seorang wanita yang sangat sangat sangat cantik. Lelaki ini pun tertarik dan terpikat. Lalu dia berdoa, "Ya Allah, semoga wanita itu dapat menjadi isteri ku." (Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT)
Doa itu dikabulkan oleh Allah SWT. Selepas mereka bernikah, si lelaki ini berkata, "Alhamdulillah." Dia bersyukur kepada Allah SWT. Si isteri yang cantik itu pula berkata, "Semoga kita dapat bersama-sama memasuki Syurga.
" Si suami berasa pelik akan kata isterinya itu, dia pun bertanya kepada isterinya, "Kenapa berkata sebegitu?" Si isteri menjawab, "Abang bersyukur kepada Allah kerana mempunyai isteri yang cantik dan saya bersabar kepada Allah SWT kerna mendapat suami seperti abang.
Orang yang bersyukur dan bersabar keduanya akan memasuki Syurga. Ambillah iktibar serta hikmah dari kisah ini, semoga kita tergolong didalam kalangan ahli-ahli Syurga. Amin Allahumma Amin... Wallahu a’lam
Dikisahkan oleh Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Kisah Si Hodoh dan Si Cantik...
2013-06-12T09:58:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Dakwah|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda