[FB] Di zaman Rasulullah SAW ada baitulmal yang di jaga oleh Saidina Abu Hurairah R.A yang di situ ada simpanan makanan. Pada suatu malam sewaktu Abu Hurairah sedang menjaga baitulmal, ada seorang pencuri yang mahu mencuri makanan baitulmal.
Tapi pencuri itu ditangkap oleh Abu Hurairah.
Kata Abu Hurairah, "Aku akan bawa engkau kepada Rasulullah."
Si pencuri itu berkata, "Maafkan saya, saya orang miskin. Saya mahu
makan, saya lapar." (Dan pelbagai alasan lagi yang diberikan) Abu Hurairah akhirnya terpedaya dengan helah si pencuri itu dan dimaafkan serta dilepaskan.
Pada esok hari, Abu Hurairah berjumpa dengan Rasulullah lalu baginda
bertanya, "Wahai Abu Hurairah, apa yang berlaku kepada orang yang kamu
tangkap semalam?"
Abu Hurairah menjawab, "Dia (si pencuri) mengadu ya Rasulullah yang dia miskin, dia susah, maka saya lepaskan dia." Kata baginda Rasulullah SAW, "Malam ini dia (si pencuri) akan datang balik."
Abu Hurairah selepas mendengar apa yang Rasulullah katakan dia bersedia untuk menangkap si pencuri itu buat kali kedua. Pada malam itu, si pencuri itu ditangkap lagi buat kali kedua oleh Abu Hurairah.
Kata Abu Hurairah, "Aku akan bawa kamu kepada Rasulullah."
Si pencuri itupun memberi kata-kata yang sedih sehingga Abu Hurairah
berasa sedih dan terpedaya buat kali kedua. Si pencuri itu dimaafkan dan
dilepaskan oleh Abu Hurairah. Esoknya Abu Hurairah bertemu dengan Rasulullah SAW dan ditanya oleh baginda tentang si pencuri itu.
Abu Hurairah pun memberitahukan apa yang berlaku. Kata Rasulullah SAW, "Malam ini juga dia (si pencuri) akan datang balik." Kali yang ketiga, apabila pencuri itu ditangkap oleh Abu Hurairah. Abu Hurairah berkata, "Kali ini tiada ampun bagi kamu, aku akan bawa kamu kepada Rasulullah."
Kata si pencuri itu, "Aku akan bagi kepada kamu satu tawaran, amalan
yang mendatangkan manfaat kepada kamu dalam hal agama dengan syarat kamu
lepaskan aku dan jangan kamu bawa aku kepada Rasulullah."
Abu Hurairah mengatakan, "Baiklah." Si pencuri itu memberitahukan, "Kalau kamu mahu tidur, baca ayat Kursi maka syaitan tidak akan dekat kepada kamu." Esoknya Abu Hurairah jumpa dengan Rasulullah dan diceritakan kepada Rasulullah tentang kejadian semalam.
Kata baginda Rasulullah, "Benar apa yang dia beritahukan kepada kamu walaupun dia itu seorang pendusta."
Ditanya oleh Rasulullah SAW, "Ya Abu Hurairah, kamu tahu siapa yang kamu tangkap itu?" Abu Hurairah menjawab, "Allah dan Rasulnya yang tahu."
Di jawab oleh Rasulullah SAW, "Itu adalah syaitan."
Al-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid mengatakan, "Dia
(syaitan) beritahu suatu amalan yang memang kalau orang tidur baca ayat
Kursi syaitan tidak akan dekat. Bagaimana syaitan tahu? Pasal dia tak
boleh dekat kepada orang yang tidur dengan membaca ayat Kursi. Dia
beritahu kepada Abu Hurairah dan Rasulullah SAW membenarkannya.
Rasulullah SAW berkata dia (syaitan) dalam hal ini betul walaupun dia
(syaitan) itu pendusta. Setahu saya, hanya satu kali ini saja dia
(syaitan) berkata benar. Kenapa dia (syaitan) berkata benar? Kerana dia
takut di bawa kepada Rasulullah dan dihukum oleh Rasulullah SAW."
Wallahu a’lam
Dikisahkan oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
-
Post a Comment
Komen Anda