من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, October 20, 2011

Kes Budak 2 Tahun Kena Gilis Di China, Dunia Hampir Kiamat....



[SH] GUANGZHOU - Beberapa pihak seakan memperkecilkan tindakan seorang wanita menyelamatkan kanak-kanak perempuan malang berumur dua tahun selepas dia terbaring di tengah jalan akibat digilis kenderaan sebanyak dua kali di Foshan, wilayah Gaungdong, minggu lalu.

Bagaimanapun, Qu, ibu kepada Yue Yue, tetap menganggap penyelamat anaknya sebagai seorang insan yang berhati mulia. “Saya tidak dapat membalas jasa baiknya dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih,” menurutnya dalam nada hiba.

Sebuah rakaman video yang tersebar luas dalam laman sosial media sosial memaparkan Yue Yue dilanggar sebuah van dan lori di luar kedai keluarganya tanpa dihiraukan orang sekeliling, Khamis lalu telah mencetuskan kemarahan orang ramai akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap insiden itu.

Budak malang yang mengalami kecederaan parah itu akhirnya diangkat dan diletakkan di tepi jalan oleh seorang pengutip sampah dikenali sebagai Chen Xianmei, 57, sebelum disedari ibunya.

Seorang pengguna laman blog mikro :Sina Weibo: turut mengutuk sikap masyarakat di negara itu kerana terlalu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan supaya tidak campur tangan dalam kemalangan melibatkan orang lain.

Menurutnya, sekurang-kurangnya masyarakat perlu ada rasa belas kasihan. Akibat kemalangan itu, Yue Yue kini koma dan me-ngalami mati otak.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...