Asal usul :Suatu hari Ummu Anmar Al Khuza’iah ke pasar An Nakhasiin di Mekah untuk membeli Hamba, pilih budak lelaki yang belum baligh dan sihat tubuh badan, lalu Khabab menjadi pilihan. Berasal dari Najd dari Bani Tamim.Beliau dijual (menjadi hamba) kerana kampung halamannya diserang oleh satu Qabilah Arab.Ummu Anmar menghantarnya kepada seorang tukang besi untuk diajar kepada Khabbab. Apabila dewasa menjadi tukang besi yang berjaya, Ummu Anmar menyewakan untuknya kedai dan menyediakan semua peralatan tukang besi kepada Khabbab.
Keislamannya : Khabab walaupun berusia muda tetapi mempunyai pemikiran yang matang, setelah selesai bekerja ia menghabiskan masa untuk berfikir tentang kegelapan hidup masyarakat Mekah Jahiliah dan sentiasa mendoakan semuga kegelapan ini akan hilang. Semasa Rasulullah membawa agama baru ia tidak menunggu lama dan dia adalah orang yang keenam memeluk agama Islam.
Kisah Penyeksaan : Khabbab tidak menyembunyikan Islamnya, berita tentang keislaman nya segera sampai kepada Ummu Anmar dan beliau menjadi berang , dengan ditemani adik lelakinya Siba’ Ibn Abd Al Uza dan sekumpulan pemuda Khuza’ah, mereka pergi ke kedai Khabbab. Siba’ berkata “Aku dengar berita mengenai kamu tapi aku tak percaya” berkata Khabbab “berita apa?” Jawab Siba’ “Kamu telah kafir dan mengikut pemuda Bani Hasyim” Jawab Khabbab “Aku tidak Kufur tapi aku beriman ke pada Allah yang esa dan Aku membuang patung-patung kamu dan mengaku bahawa Muhammad hamba Allah dan Rasulnya”. Lalu ia dipukul sampai pengsan dan darah mengalir keluar. Quraisy terperanjat bagaimana seorang budak suruhan begitu berani mengisytiharkan Islamnya sedangkan ia tiada keluarga yang akan menghalangnya.Keberanian Khabbab membuka mata sebahagian orang quraisy dan ada yang beriman kerana ini.
Pada hari yang panas terik Siba’ Ibn Abdul Uzza mengeluarkan Khabbab ke padang pasir dan dipakaikannya baju besi dan tidak diberi setitik air pun sehingga pada suatu ketika mereka datang kepada Khabbab dan bertanya “Apa pandangan kamu tentang Muhammad?”Jawab Khabbab “Hamba Allah dan Rasulnya, pembawa petunjuk dan kebenaran untuk mengeluarkan kami dari kegelapan kepada cahaya”.Bertalu-talu
pukulan dikenakan kepadanya dan ditanya lagi “Apakah pandangan kamu tentang Latta dan Uzza?”jawab Khabbab “Dua patung yang bisu tidak dapat memberi mudharat dan manfaat” Lalu didatangkan besi yang panas dan diletakkan dibelakangnya sehingga mengalir lemak bahunya.
Khabbab diantara sahabat yang menyahut seruan Rasul untuk berhijarah ke Madinah. Sebelum berangkat Allah sempat menunjukan kepada Khabbab tentang doanya yang dimakbulkan Allah. Ummu Anmar telah mengalami sakit kepala yang bersangatan sehingga ia mengerang kesakitan seperti mana anjing mengerang kesakitan. Anaknya mencari bomoh dan pawang yang boleh mengubati penyakit ibunya tetapi gagal sehingga lah dikatakan ubat untuk penyakit ibunnya hanyalah dengan menyerika kepalanya dengan besi yang panas. Lalu ia setuju untuk melakukanya.
Kehidupan di Madinah : Di Madinah kehidupan Khabbab berubah.Gembira bersama saudara ansarnya dan bersama Rasullullah disampingnya. Menyertai peperangan Badar dan Uhud Allah telah memperlihatkan kepadanya bagaimana Siba’ mati ditangan Hamzah bapa saudara Rasulullah.
Di majlis Saidina Umar : Suatu hari masuk dalam satu majlis Saidina Umar pada masa khilafahnya dan Umar memuliakannya dan menghampirinya lalu berkata “Tidak ada se orang yang lebih layak daripada kamu pada majlis ini kecuali Bilal”.Umar ber tanya tentang peristiwa yang paling dahsyat yang ditimpakan ke atasnya oleh musyrikin. Pada mulanya ia enggan tetapi setelah Umar mendesak ia membuka bajunya kepada Umar, lalu Umar memaling mukanya kerana gerun.Ia bertanya apa yang dilakukannya?. Jawab nya Musyrikin telah menyalakan kayu api dan membuka bajuku dan menarik aku ke dalamnya untuk dibakar, sehingga jatuh daging dari tulang belakangku dan api tersebut padam disebabkan air yang jatuh dari tubuhku.
Akhir Hayatnya : Di Akhir hayatnya Allah memberi kekayaan kepada Khabbab. Dia telah meletakkan duit disatu tempat dirumahnya untuk mereka yang berhajat untuk mengambil seberapa yang dia suka,walaupun begitu dia takut ia akan dihisab dan diseksa dengan kekayaan. Pada suatu hari sekumpulan sahabat menziari Khabbab kerana sakit yang membawa kematiannaya. Beliau berkata “Di sudut ini ada 80,000 Dirham demi Allah aku tidak menguncinya kemudian dia menangis lalu sahabat bertanya kenapa menangis?
Jawabnya “sahabat yang lain telah pergi tanpa mendapat habuany a di dunia tetapi aku, Allah telah mengurniakan kepada ku dan aku takut kalaulah ini ganjaranya yang aku perolehi dari segala amalku.” Beliau mati di zaman Saidina Ali.
Post a Comment
Komen Anda