POHON pisang dibalut dengan kain berwarna putih bagi mengelak ia ditusuk orang ramai yang mahu melihat cecair berwarna merah di Bojonegoro semalam. |
"Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini," kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya. Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.
Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.
Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk. Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.
Post a Comment
Komen Anda