من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, November 1, 2011

Permasalahan Agama : Orang kafir simpan al-Quran


[MO]Majikan saya berketurunan Cina. Masalahnya sekarang, dia ambil al-Quran tanpa pengetahuan dan memegang dan menyimpannya di dalam biliknya.

Macam mana saya sebagai orang Islam untuk mengatasi masalah ini?

JIEHA,
Selangor

SECARA umumnya mengambil barangan milik orang adalah salah. Seseorang itu terlebih dahulu perlu meminta izin daripada empunya sebelum mengambil atau menggunakan sesuatu.

Ini termasuk dengan al-Quran dan barang lain milik orang lain. Seterusnya perbuatan majikan anda yang bukan mengambil al-Quran tanpa izin anda boleh dilihat dalam beberapa sudut, antaranya dia mungkin berminat dan mahu mendekati al-Quran.

Bagaimanapun dia mungkin malu untuk bertanya lebih lanjut. Anda boleh membiarkan perbuatannya itu dan menelitinya. Ia sebahagian daripada dakwah kepada bukan Islam.

Mudah-mudahan dia mendapat hidayah daripada Allah s.w.t kelak. Al-Quran pula ialah kitab hidayah yang diturunkan Allah untuk semua umat manusia.

Bagaimanapun, jika mendapati majikan anda mencemari kesucian al-Quran, anda hendaklah berani berterus terang bagi membela kesucian al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w pernah melarang membawa al-Quran dalam perjalanan ke negeri musuh. Alasannya ialah untuk menjaga kesucian al-Quran supaya tidak dihina dengan apa cara sekali pun.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...