من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, March 9, 2012

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

[FB] Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing2. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...