من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, March 5, 2012

Buah-buahan sitrus elak serangan strok

[SO] LONDON - Memakan buah oren dan lemon didakwa mampu mengurangkan risiko serangan strok terhadap manusia, menurut penyelidik dari Britain. Pengambilan keseluruhan buah-buahan itu termasuk ketika bersarapan dalam bentuk jus dipercayai dapat mengelakkan serangan otak kerana ia kaya dengan antioksida.

Bagaimanapun, mereka menyatakan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan buah-buahan sitrus tersebut untuk melindungi manusia daripada serangan strok.

“Semua orang sepatutnya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat termasuk me­ngurangkan kadar pengambilan makanan berlemak dan bergaram serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap kerana ia adalah kunci utama mengelakkan serangan pelbagai penyakit,” menurut kenyataan penyelidik di Universiti East Anglia itu.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...