من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, October 17, 2012

Doa Seorang Isteri Ketika Memandikan Jenazah Suaminya



[II]  Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dengan polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal kemudian ustaz tu katea tak pa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri abang kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Moga kita semua dikurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...